rembang petang itu.
menghampiri maghrib.
Aku melangkah turun dan keluar dari pejabat. Premis yang menjadi rumah keduaku semenjak dua puluh satu tahun nan lalu.
Aku mengunci pintu. Kenderaan sudah beransur kurang dan perlahan. Cahaya matahari menginjak ke ufuk. Burung-burung pun sudah terbang pulang kembali ke sarang.
Dari seberang jalan aku terdengar suara-suara kecil sedang bermain riang.
Dari sebuah padang. Separuh pasir dan separuh lagi rumput yang sudah agak kontang.
Bermain bola sepak. Tendang bola ke arah gol yang ditanda dengan selipar.
Kenangan menghimbau. Batu buruk. Lebih tiga puluh tahun nan lalu.
Aku adalah anak-anak itu.
Anak-anak itu adalah Mokhtar Dahari, R Arumugam, Hassan Sani. Kami adalah bintang.
Barangkali, anak-anak yang aku lihat itu bukanlah nama anak-anak di dalam jiwa mereka. Mungkin Syafiq Rahim, mungkin Norshahrul..mungkin.
'nak...kau jadilah sesiapa yang kau mahu jadi, pakcik doakan kamu menjadi manusia suatu hari nanti..."
Aku terus berjalan ke arah kenderaan dan aku pandang sekali lagi ke arah mereka.
Tidak pernah ada risau di hati mereka. Tidak ada rungsing di jiwa mereka.
betapa...
~po.
Thursday, April 07, 2016
Monday, December 02, 2013
wayfarer
...
kadang-kadang kita lupa.
pesan Baginda kita.
"Ambillah dunia pada kadar seorang pengembara."
bahawa;
tiada apa yang kekal di dunia ini melainkan Dia.
...
hari ini dikejutkan dengan tragedi di Utara.
3 beradik ditemui sudah tidak bernyawa.
Aku tersentuh.
lalu aku mencari-cari.
pesan Baginda lagi;
"setiap jiwa yang bernafas sudah di tentukan olehNya, syurga atau neraka. Bahagia atau celaka."
Aku bermohon padaNya.
Syurgalah pada ketiga-tiganya.
dan...
Celakalah pada yang melakukannya.
~po

Sunday, November 24, 2013
refrain
it's hard to hold a candle
in a cold November rain.
po
in a cold November rain.
po
Wednesday, May 08, 2013
you left so soon....
2002.
I remembered she came for interview before me.
Lulusan UUM dan masih aku ingat dengan soalan aku padanya; kenapa student UUM pakai tie dalam hutan?
Aku tak ingat apa jawapan dia...tapi from that moment on, she stole our hearts with her kindness, her soft voice and her commitment to the job.
11 years you served us as our most trusted account executive.
Kadang-kadang bila elaun aku lambat, aku minta dengan dia.
...and she would come with the money that I don't know from which source. She is so creative with the money management.
...dan biasanya aku akan kata padanya, "boleh la saya makan nasik hari ni..."
for the past 5 years she would bring the money and said.." buleh makan nasik la hari ni bos.."
Her daily routine would brings her to my room for signing the cheques. Every working day.
I am going to miss that.
One day sometime this year, I heard she wanted to resign so I called her up and asked.
"nak berenti ke nim? nape?..."
"takkan nak kerja sini selama-lamanya bos..." she said.
...and that kept lingering in my ears today.
18.4.2013
Dia belanja nasi beriyani kepada semua staff including all the bosses.
And ada staff yang demand something from her from that treat of nasi beriyani. She said..."ini last saya belanja..lepas ni tak mau belanja dah..." dengan tawa kecil.
indeed, that was true.
if only we knew...
21.4.2013
She met an accident. She was in a car, back passenger's side, wearing seatbelt on her way to Kota Bharu. She took leave that day.
A 4X4 hit her car after skidding into her way.
Ususnya koyak, pancreas nya koyak, 3 tulang rusuknya retak, tulang belakangnya retak, tangan kirinya patah.
The impact from the seat belt.
She was later induced to coma for a few major operations on her internal injuries.
24.4.2013
Aku menziarahnya di HUSM, Kubang Kerian.
Dia tidur dalam lena yang dalam.
Koma.
Aku doa di sisinya. Berbisik. Nim, Be strong. Hang on.
We were told that she is going to be fine. The anesthetic will be slowly reduced for her to wake up.
..then we went home having in mind that later she will wake up and everything will be fine.
She didn't.
3.5.2013
My partner called and said...she might not make it, her husband were told to accept whatever the fate.
Aku solat hajat. Tahajjud. Pohon kerahmatan dan kesembuhan.
Allah maha mendengar.
She was stable again.
Syukur padaMu ya Rabb.
7.5.2013
~2.30 pm
Partner intercom beritahu yang her husband called saying that her condition is very critical.
...nazak. All her internal organs are gradually failing. Pancreas bleeds again.
Usai solat Zuhur, solat hajat pohon dia diberi kemudahan jika itu Janji Dia.
~3.56 pm
She left home and never coming back.
Leaving her husband and 8 years old daughter.
...and a thousand flashing images of her in my office.
~10.00 pm
Kami simpan dia di Tanah Perkuburan Bukit Kecil.
...with a small tears from all of us. 11 years of working together. I can still remember the knock on my door, the soft voice and everything about her especially her smiles.
~12.01 am
Kami pergi minum sembang2 PRU13 dan kadangkala terkenang.
~1.10 am
Aku lalu kembali ke tempat persemadian dia. Lampu-lampu untuk kerja-kerja pengebumian tadi sudah disimpan.
Seluruh kawasan diselubungi kegelapan. Sunyi dan kelam.
Dari dalam kereta. Seberang jalan.
Dalam hati kecil aku.
"bye nim...moga rohmu tenang di sana."
Nurhanim Abd Ghani. 1979-2013
Al-Fatihah.
~po
Sunday, April 14, 2013
Suatu Travelog Umrah- InsyaAllah ada ruang - Bahagian 4
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang....
...
Banyak buku-buku tentang Makkah dan umrah serta haji yang aku beli dan biasanya akan ada atas meja kerja aku di pejabat.
Biasanya, bila 'partner' aku masuk, akan dibelek-beleknya buku-buku tersebut. Kadang-kadang dia bercerita pengalaman dia mengerjakan Haji dan beberapa kali umrah. Aku hanya mendengar.
Bila you nak pergi ni? tanya dia.
Aku jawap...giliran aku tahun 2024 untuk Haji dan kalau ada rezeki mungkin Tabung Haji akan panggil awal. Tabungan pun belum cukup.
Biasanya 'partner' aku akan beredar begitu sahaja atau kami bertukar topik tentang kerja.
Tapi doa kami tidak pernah putus.
Cuma tabungan isteri aku dalam Tabung Haji kadang-kala dikeluarkannya atas keperluan mendesak. Isteri aku pernah menangis dalam kereta seorang diri mengingatkan tabungan itu. Asyik berkurang bila ditambah, entah bila hendak sampai ke Makkah? bisik hati dia (ini cerita dia kepada aku).
Sehinggalah satu hari.
Partner besar aku masuk ke bilik aku dan tanya...'you nak pergi buat umrah?'
Aku cuma jawab...'siapa la tak teringin ke Makkah...cuma kami nak buat Haji dulu..'
Partner aku sambung '...you pergi buat umrah la dulu..I tanggung semua'
Aku kata..'eh ye ke? Alhamdulillah...tapi I cadang nak gi suami isteri'
Dia senyum. ' ye la... you pergi berdua la...'
Terbayang Baitullah di depan mata. Kadang-kala, jemputan itu datang tak disangka-sangka.
Rasa teruja ada, takut ada, bimbang ada, segala rasa ada....
Betul ke aku dah ready nak ke Makkah ni..?

Subscribe to:
Comments (Atom)