Month: April 2021
Lencana Kepandaian Pengakap Kanak-Kanak
Terdapat 19 lencana yang boleh dipilih oleh seorang Pengakap Kanak-Kanak (PKK) dari senarai yang telah dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. Ia dipilih berdasarkan kecenderungan ahli PKK dalam bidang yang diminati dan dikuasai oleh mereka. Untuk tujuan itu, pemimpin unit perlu membimbing agar ahli PKK dapat memenuhi keperluan bagi melengkapkan skim latihan (termasuk Lencana Kemajuan : Lencana Keris Gangsa, Perak, dan Emas) ke arah mencapai Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri @ Rambu Biru.
Pemilihan lencana perlu melalui ujian tertentu bersesuaian dengan skim lencana berkaitan. Namun hanya 7 sahaja lencana ini boleh dipakai/ditampal di lengan baju kiri berdasarkan nisbah berikut :
a. Warna merah : pilih satu sahaja
b. Warna biru : pilih dua sahaja
c. Warna hijau : pilih dua sahaja
d. Warna kuning : pilih dua sahaja
Jika ahli berminat untuk mengambil kesemua ujian dan memakai semua lencana yang disenaraikan, ahli pengakap berkenaan boleh memakai selempang (sash) berwarna biru tua bagi menyematkan semua lencana yang telah diperolehi.
Mesyuarat Pengurusan Penarafan Pengakap Raja 2021
Salam Pengakap….
Mohon semua Pentaraf Pengakap Raja bagi Daerah Batu Pahat untuk hadir ke mesyuarat seperti ketetapan yang berikut :
| Tarikh | : 10 April 2021 (Sabtu) |
| Masa | : jam 0900 |
| Tempat | : Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh, BP |
| Pakaian | : Uniform No. 3 |
Sila muat turun surat dan pekeliling berkaitan di bawah. Sekian terima kasih.
Himpunan Kelana Malaysia Dalam Talian 2021
Dengan segala hormat dan sukacitanya, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) melalui Majlis Pengakap Kelana Negara (MPKN) akan mengadakan program Himpunan Kelana Malaysia Dalam Talian 2021. Sila muat turun surat berkaitan dan klik pada pautan di bawah untuk pendaftaran.
Terbuka kepada semua Pengakap Kelana seluruh Malaysia. Pendaftaran terhad kepada 250 orang sahaja.
Sekian untuk makluman. Terima kasih.


