Pertandingan Fotografi Peringkat Daerah Sempena Sambutan Hari Keamanan Sedunia

Sukacita dimakluman bahawa pertandingan berkenaan akan diadakan sepertimana butiran yang berikut:

Nama Program: Pertandingan Fotografi Sempena Sambutan Hari Keamanan Sedunia
Tema: Shaping Peace Together
Tarikh: 20 September – 28 September 2020
Tempat: Secara Maya

Surat kebenaran PPDBP akan menyusul. Pemimpin dan ahli pengakap yang berminat menyertai pertandingan boleh membuat persiapan awal untuk menyertai pertandingan. Sila rujuk Pn Siti Nursyafeqah bt Mohd Sukor; ADC MOP di talian 019-7341236 untuk butiran lanjut.

Kursus Ikhtiar Hidup Peringkat Kebangsaan 2020

Assalamualaikum,
Salam Pengakap

Bersama ini dilampirkan Surat Siaran Kursus Ikhtiar Hidup Peringkat Kebangsaan 2020 yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 30 Oktober hingga 01 November 2020
Tempat: Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, Selangor
Bayaran: RM200.00 seorang

Butiran dalam lampiran surat berkenaan untuk rujukan dan dihebahkan oleh tuan/puan.

Terima kasih, harap maklum

Penarikan Penangguhan Program Latihan Kepada Pemimpin

Assalamualaikum dan salam pengakap…

Pasukan Latihan Negara menarik pengguhan kursus-kursus dan program melibatkan pemimpin. Justeru kursus latihan kepada pemimpin adalah dibenarkan. Kursus-kursus tersebut adalah termasuk Kursus Kepimpinan Manikayu, kursus teknikal dan sebagainya.

Sekian untuk makluman.Terima kasih.

Kemaskini Buku Log

Salam pengakap….

Peringatan mesra. Mohon untuk semua ahli PKK, PM, PR, dan PK dapat mengisi masa terluang dengan mengemaskini buku log bagi penilaian mengikut skim latihan masing-masing…

Berikutan PKPP yang masih lagi dikuatkuasakan sehingga 31 Disember 2020, ahli disarankan menyiapkan buku log sementara pembekuan aktiviti luar agar penilaian dapat dijalankan secara berterusan.