Setelah berehat sementara waktu daripada meneruskan minat terhadap basikal tua, penulis memberikan tumpuan kepada rangka basikal lumba (racing) jenama Singer. Basikal ini diperolehi daripada anak saudara di Ipoh. Semasa ditemui keadaan basikal ini dalam keadaan uzur, terbengkalai sejak 1994 selama 15 tahun. Ianya dibeli pada tahun 1986 ketika berusia 12 tahun sebagai kenderaan ke sekolah dan riadah. Basikal ini tidak lagi digunakan apabila beliau melanjutkan pelajaran ke Jepun ketika berusia 18 tahun. Penulis telah membaik-pulih basikal tersebut dengan mengecat semula, mengganti tayar serta tiub, rantai, engkol pedal (crank), tempat duduk, tali-kawat dan komponen mekanikalnya. Komponen lainnya termasuk gear-ganjak jenama Shimano 6-kelajuan, sistem brek dan handel dikekalkan seperti asalnya. Penulis pernah mengayuh beberapa kali di Kayuhan Putrajaya Critical Mass selain kayuhan biasa. Oleh kerana keadaannya amat memuaskan, penulis melakukan sedikit inovasi kepada basikal kembara (Touring Bike). Matlamatnya untuk kayuhan santai sepanjang masa dan menjelajah tempat sendiri. Sekiranya projek ini memberangsangkan penulis berhasrat mencari basikal serupa yang lebih baik untuk penjelajahan yang mencabar pulak. Semuanya bergantung kepada masa dan kesihatan serta ilmu yang sedang dituntut daripada para pengayuh basikal yang berpengalaman. Di sini dipaparkan foto berkaitan, sila komen jika sudi. Terima Kasih.

- Pandangan Sisi-Kiri

- Pandangan Depan

- Lencana Singer (pembuat mesin jahit)

- Carrier keluli kos rendah (RM11.00 sahaja).Akan datang nak upgrade aluminum pula.

- Handel kupu-kupu susah nak dapat, taruh tanduk lagi bagus (sepasang RM12.00)

























Peserta datang mendaftar diri
Dah mula rupanya




Ini khusus untuk Sdr Din dan Sdr Iwan…..sebagai bukti saya dah sampai kat ini

















Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.