Saturday, January 16, 2010

Dania Darjah 1

Dania 1st day kindergarten, 3 year ago



Dania 1st day primary school



dulu pegi tadika bawak bekal botol susu



sekarang darjah 1 bawak bekal makan kat kantin


Tak lama lagi mesti takmo bawak bekal dah. Ada kawan Dania bawak duit belanja RM3! gulp...

Please don't grow up too fast baby!

Sunday, January 10, 2010

Maka bermulalah episod baru...

Tajuk entry dah macam drama swasta ;)

But seriously, the new chapter of my life had just begun.

Shah just left for Kuching, Sarawak. Kena transfer jaga projek kat sana, kemungkinan besar dalam 1 yr plus. Saya redha dia pergi sebab fikir masa depan. Harap2 lepas ni shah boleh dapat kerja yg lebih baik di sini.

In the mean time, shah janji nak balik jenguk kami setiap 2 minggu. But still, he'll be away from us most of the time.

Sedih... :(

Nervous pun ye jugak.

Takut tak terlayan dan terjaga anak2 tiga orang ni. Kesian kat anak2 sebenarnya. Kalau sofea dah menangis @ meragam @ nak menyusu @ nak tido, mmg sori la kakak ngan abang, tak dapek mama nak melayan. Kalau korg lapar ke, nak susu ke, nak ajak mama main game ke... kena tunggu mama senang dulu.

Tadi nafis tanya "kenapa mata mama ada air?" Hhhmm... sebab mama sedih la sayang, ayah takde. But whatever happens, i will stay strong for my children. I just have to because they have nobody else but me.

Dan juga... kami dah takde maid skrg. Dah 2 bulan hantar rahma balik indon. Ikutkan bulan 7 ni baru habis permit, tapi mmg dah tak boley tahan dgn dia. Membebankan dan menyusahkan. Cukuplah 3 1/2 tahun. Walaupun bertambah keje, tapi fikiran rasa lega... lapang. Skrg kami upah org utk gosok baju dan cuci rumah seminggu sekali. Namanya makcik suti dan dia mmg bes... handkerchief pun dia gosok. i like...

Ok, have to go jahit lencana & name tage dania. Juga balut buku teks sebyk 16 bijik. Sape takde keje sila la ke sentul skrg tolong saya balut buku :)

Thursday, January 7, 2010

My breastfeeding journey with Sofea

It has been 5 months and so far... Sofea is still exclusively breastfed, Alhamdulillah.

Everyday while i'm at work, Sofea will consume on average 3 bottles x 3.5oz = 10.5oz of ebm. Sometimes can reach up to 12oz. Feeding time is at 11am, 2pm and 5pm. So kena make sure setiap pagi ada 4 botol bekalan ebm di rumah babysitter.

Milk production-wise; kadang2 membahagiakan dan kadang2 mengecewakan. Semalam adalah puncak kebahagiaan; sekali pam dapat 8oz, let down reflex 2 kali, wow! Rasa nak melompat2 kegumbiraan dan menghebahkan pada dunia... hehe! Dua hari sebelum tu pulak dapat sikit sangat, rasa nak menangis. i mmg emo, i tau. So bila campur tolak, cukup2 la untuk bekalan Sofea.

Everyday i'll express twice, tghari & petang. Kalau outstation atau meeting akan pam dalam kereta, then simpan dlm cooler. Ptg tadi x sempat, ingat nak pam kat rumah tapi tertinggal plak breastshieldnye kat ofis. Rugi 4oz, demn. On weekends and holidays, i'll try to pump once in the morning. Dapat sebotol sehari pun dah cukup untuk buat stok.

Frozen ebm dalam fridge ada dalam 10 bekas lagi. Very critical, i know. But it's only 27 days to go before Sofea turns 6 months. By then she can already take solid food. So hold on... i know i can do this.

My initial goal to exclusively breastfeed sofea for 6 months - status: ALMOST accomplish. Next mission - to continue breastfeeding until she turns 2 years old, InsyaAllah :)

Saturday, December 26, 2009

Dear kakak,

Beberapa hari yg lepas, kakak insist nak tidur kat rumah Wan. Beriya2 sangat. "Dania nak tido dengan mak teh!" Kalau boleh 24 jam kakak nak berkepit dgn mak teh. So tinggal la mama dgn nafis & pia kat rumah. Ayah takde, outstation. Time mama nak pejam mata, tak pasal2 rasa sedih yg amat. Ayah outstation mama tak kisah, dah biasa. Tapi anak mama sorg takde, mama rasa tak lengkap... sunyi. Malam tu mama tido berlinangan air mata.

Tiba2 dekat nak pukul 12 tgh malam, ada org ketuk pintu bilik. Mama terkejut bangun tido, cuak gila. First thought was perompak! Mama dengar suara makcik kat luar. Bila buka pintu, rupa2nya kakak! Gosh... berbunga rasa hati, i was so glad to have you back in my arms. Bila mama tanya kenapa balik rumah, kakak kata "Dania rindu kat mama".

Those words keep repeating in my head all-day-long :)

Mama tak sangka rupa2nya kakak pun rasa apa yang mama rasa. Padahal rumah wan tu bukan jauh pun, sekangkang kera je. Kesian mak de, tengah malam buta kena hantar kakak balik sebab kakak sampai muntah2 menangis punya pasal.

Mak teh kata kita dua2 drama queen, sentimental. Hehe nak buat camane... dah nama pun anak mama :)

Even when you grow up kakak, you will always and forever be my baby. Remember that.

Love, MAMA.

Saturday, October 31, 2009

Quick update

Hello hello!

Selamat pagi Malaysia :) it's raining outside and i wish i'm still in bed bergelumang di dalam selimut. Tapi ada talk nak kena attend kat pj sekejap lagi so katil itu mesti dilupakan buat seketika.

Di kesempatan yang singkat ini, saya nak update sikit pasal perkembangan anak2 sayang, starting with Sofea.

Sofea dah nak masuk 3 bulan. Minggu ni first time dengar dia ketawa mengekek bila kita angkat dia tinggi2. Sangat comel. Dua minggu lepas dia nangis dah keluar air mata, sebelum tu menangis keluar suara je. Pun sangat comel. Dia dah sangat berat ok 5kg+ lenguh tangan dukung. Tapi saya sangat bangga sebab dia membesar hanya dengan susu saya alhamdulillah :)

Nursofea Si Mata Bulat Muka Square Rambut Kerinting :)

Sofea is still very easy to take care of. Yang penting perut dia kenyang dan mesti burp dia sampai keluar angin (or else dia akan muntah dan tido tak lena). Saya bersyukur sebab dia tak pernah demam walaupun selepas immunization injection.

Sekarang kalau saya pegi kerja, sofea tinggal dengan pengasuh bernama Makcik Som atau sofea panggil Tok. Orang langkawi, tapi dah lama tinggal kat kawasan perumahan ni. Sangat penyayang, caring, experienced jaga baby (anak 4, cucu 6). Sebab tu saya boleh bekerja dgn tenang because i know my daughter is in good hand.

Sofea juga sangat bertuah sebab kakak dania dan abang nafis saaaaaayang sangat kat dia. And they understand that sofea is a little baby so when they're around her, automatically they turn into their 'safe and gentle' mode. Dania dgn nafis bila main sama2 mmg agak kasar, tapi bila dekat dgn adik tiba2 jadi lembut. Asyik kena cium sofea.

Abang, Kakak dan Adik


Saya sayang mereka.

Ok, i have to go now. Bye.

Wednesday, September 9, 2009

Benci

Selagi dia tak menyesal, saya harap tidur dia tak lena, hati dia tak tenang.

Mohon Allah tunjukkan jalan.

Friday, September 4, 2009

Kuih tumbang

Bak kata saifulislam, dah masuk separuh masa kedua Ramadhan. Tapi saya masih tak boleh puasa lagi. Teruk la mengganti nanti....

On the other hand, ada hikmah juga cuti maternity kali ni jatuh bulan puasa sebab setiap hari saya boleh memasak untuk berbuka. Yang besnya masak untuk orang puasa ni, semua benda diorang kata sedap sebab perut tengah lapar. Kalau sebelum ni saya boleh masak lauk je, sekarang dah pandai buat kuih tauuu... muahahaha! (gelak riak)

First time dalam sejarah hidup buat kuih seri muka, toppingnya terlebih air dan terlebih telur (terlebih excited punya pasal), jadi bila potong yg hijau tumbang ke tepi sebab tak melekat ngan pulut. Nafis kata yekk!!! Langsung dia tak sentuh, padahal kuih favourite dia. Bertuah.

Second time, ubah resepi ikut sukatan chef hanalieza. Hasilnya: Kalau jual satu potong RM0.50 pun kompem org beli... muahahaha! (gelak riak lagi) Takde la, cuma nak kata... cantik la rupa seri muka tu berbanding cubaan pertama. Kali ni nafis ngan dania makan banyak, suka hati mama :) Bila tengok anak2 berebut2 makan macam la kita masak sedap sangat, lagi membara semangat mama nak berjuang di dapur. Jadi hari ni mama nak cuba buat....

KUIH LAPIS!

Muahahaha... i feel like a domestic goddess. Doakan kejayaan saya.