Learn to control your heart

bismillahirrohmanirrohim

Penulis yang suke ponteng ni muncul lagi…hehe…lama betul bercuti ya ana ni. Sekarang baru nak menaip. Afwan semua…dalam melakukan beberapa taklifan ni kadang2 bila menyusun mengikut priority menulis ni jadi yang terkebawah sedikit. Mungkin juga kerana ana merasakan siapalah sangat yang nak membaca..ecceeeh 😀 .

Hmmm~ saikin (recently) ada beberapa perkara yang kurang mendamaikan hati ana berlaku dalam 2 minggu kebelakangan ni.  Ada sesuatu yang indah turut sama berlaku sehinggakan ana merasakan MasyaAllah begini rupanya perasaan itu. Suatu perasaan yang hebat hingga ia mampu mengawal hati dan keseluruhan tindakan kita. Memberikan ketenangan, kedamaian dan keyakinan terhadap apa sahaja yang kita lakukan.  Namun hati2 keranakalau  tersalah tindakan, perasaan itu akan hilang, makin jauh meninggalkan kita…untuk menggapai perasaan itu ia perlu mujahadah, kerana itu kalau mujahadah hilang, ia turut sama kan hilang. Mahalnya nikmat itu ya Allah…

Selalu ana cakap pada adik2 dalam halaqah akan kehebatan AQ sebagai mukjizat. Betapa alpanya kita sekarang kerana tidak sedar akan hakikat itu.  Bila mendengar perkataan mukjizat mungkin yang  terbayang pada kita “tongkat Nabi Musa”, kehebatan Nabi Isa “menyembuhkan penyakit”, “bahtera Nabi Nuh” dsb, tapi mukjizat AQ yg turun pada Nabi Muhammad SAW ni seolah tak terpandang dek mata kita.  Adakah kerana ia tidak berupa tongkat yang panjang dan ajaib maka ia luput dari kita? Adakah juga kerana ia tidak besar dan gah seperti bahtera Nuh maka ia terhijab dari kita?   atau adakah kerana ia tidak bertindak selalu Doktor menyembuhkan penyakit maka ia sirna dari jiwa kita???

AQ: Melaluinya Allah berbicara dengan kita, mendidik hati, akhlak, fikrah, peribadi dan akidah kita.  Ketika saidatina A’isyah ditanya tentang bagaimanakah akhlak Rasulullah, maka beliau menjawab : “akhlah baginda adalah AQ”… Apakah yang kita faham tentang hadis ini?  ia menunjukkan bahawa Allah itu mentarbiyah Rasulullah melalui kitabNya! melalui setiap wahyu yang turun, Rasulullah hadam kemudian sampaikan pada yang lain. Begitulah proses tarbiyah dari dulu, kini dan selamanya…

Sebagai insan yang mengaku  mengikut jejak Rasulullah adakah kita yakin laluan ini mudah?…tidak..lihat sahaja sirah baginda yang melalui kesusahan dan kepayahan demi Islam. Rakyat Palestin yang sedar dan faham akan keberadaan musuh islam, juga Iran yang kini bergolak di cucuk jarum kejahatan musuh islam, sedang kita masih leka, santai, asyik… apakah upaya yang kita sanggup beri untuk islam? tepuk dada tanyalah Taqwa.

Dalam kita berhubung dengan manusia, banyak kesabaran kita kena ada. Atas kealpaan mereka dalam melontar pandangan, ketidaksesuaian tindakan mereka, semuanya memerlukan pemikiran yang sihat dan tenang untuk menghadapi mereka.  Dalam hati ana berkata “sejarah sedang berulang…sabarlah dan jadikan sirah sebagai panduan, Allah sebagai pelindung”. Ketika Rasulullah mula menyebarkan islam, banyak betul tentangan yang baginda hadapi. Sungguhpun pada ketika itu baginda di gelar ‘Al amin’ —> suatu gelaran yang melambangkan ketinggian akhlaknya. TAPI!…bila dia mula menyampaikan islam, memberi peringatan, semua orang menolak dan mula memusuhi baginda!!! pelik tetapi benar. Hanya kerana apa? hanya kerana Muhammad meminta mereka meninggalkan amalan jahiliyah mereka dan bergerak kepada cahaya islam. Lantas mereka yang dahulu melihat kebaikan akhlak muhammad ni mula memfitnah dan memburuk2kan baginda pada mata semua orang.  Menghina, mengejek,  iri hati dan hasad dengki menguasai hati manusia2 musyrik (baca: kafir, bukan orang islam) ini….

Lihat tafsir al-lahab. Sebab2 penurunan ayat yang pertama.

“binasalah kedua2 tangan abu lahab dan binasalah dia!” (111:1)

Diceritakan asbabunnuzul surah ini adalah kerana kejahatan abu lahab yang memusuhi Rasulullah. Pada ketika itu Rasulullah memanggil sekumpulan manusia, kemudian di katakan pada mereka:

“kalau aku katakan ada musuh yang akan datang menyerang kamu dibalik bukit sana, percayakah kamu?”

jawab mereka:

“kami percaya!”

kata Rasulullah lagi:

“kalau aku mengatakan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku adalah pesuruhNya percayakah kamu?”

lantas abu lahab bangun dan mengangkat kedua tangannya lalu mengatakan:

“celakalah kamu”….. terhadap baginda.

Dapatkah kita perhatikan di sini bahawa hanya apabila baginda membawa sesuatu yang baru berupa peringatan dan kebenaran mereka menolaknya. Walaupun mereka tahu tuhan yang sebenar itu Allah tapi ibadah, iman, amal dan akidah mereka jauh dari kebenaran? Naze?doshite?(kenapa?mengapa?)…. sebab, mereka beriman dengan tradisi.  Tradisi nenek moyang mereka yang sesat dan kerasnya hati mereka dengan kehidupan lalai dan leka serta penuh senda gurau. Selagi mana baginda tidak menyeru mereka berubah dari amalan jahiliyah,mereka mengagungkannya namun, sekiranya baginda mula menyeru kebenaran yang bertentangan dengan adat mereka maka mereka melenting sebegitu hebat.

Mari kita kembali ke zaman 2009. Sedar atau tidak ramai yg sudah menjadi umpama kaum2 terdahulu sungguhpun mereka islam. Murtad berleluasa. Solat ditinggalkan. Aurat tidak ditutup sungguhpun lelaki atau wanita. Dunia lebih dikejar berbanding akhirat.  Bersungguh2 bila melakukan perkara lagho tapi menjauhkan diri dari majlis zikir. Nauzubillahi min dzalik…moga kita semua tidak tergolong dalam kumpulan ini.

Sekiranya kita menjadi golongan yang mahu menyebar islam, bersedialah untuk menerima sebarang ujian berupa penghinaan dan ejekan, dipersenda dan dipermainkan. Mana mungkin jalan tarbiyah itu  indah kalau kita mengharap syurga Allah yang mahal itu.  Kata Saidina Ali: “apabila kamu berasa letih berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa yang dilakukan, keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan terus kekal“. Allahua’lam Allah lah yang maha pengampun..

p/s = dalam melayari taklif ini, segala ejekan, penghinaan, dan persendaan yang  diberikan kita terima walaupun ia mencucuk dalam hati. Sesungguhnya, kalau tidak kerana TARSIR ANNAS, serta pengetahuan bahwa syaitan terkutuk membisikkan  untuk mencurah minyak atas api yang membara, namun mukjizat Muhammad memelihara kita. Allah berkata  : “bersabarlah, dan maafkanlah mereka…jangan engkau menjadi orang yang melampaui batasan…”(2:190)….. (2:195)

Ya Allah sami’na wa atho’na (kami dengar dan kami taati) Penuhkanlah piala hati kami dengan kasih sayang serta lapang dada. Sesungguhnya mereka masih belum mengerti. Ampunilah kami dan ampunilah mereka. Jauhkan kami dan mereka dari taghut dan dekatkanlah pada cahaya MU..ameen

salam perjuangan diperantauan..yoshhh!!!

Posted in TAKLIF, TAZKEERAH | Tagged , | 7 Comments

Ulang tahun ke 4

Tanggal 5 jun 05 tarikh yang sangat bermakna buat kami, alhamdulillah setelah 4 tahun mendirikan baitul muslim ini, allah kurniakan kami dengan pelbagai berkat dan rezki. 2 puteri, ahna (3tahun) dan ahya (hampir 2 tahun) menjadi penyeri2 yang menyejukkan mata kami. Segala cabaran yang datang  ditempuhi bersama, saling membantu, saling menyintai dan saling bertoleransi antara satu sama lain.

berdua

Makin lama mendirikan rumah tangga, makin byk yang dipelajari dalam mencari redha allah swt.Cinta yang makin kembang dan mekar ditambah pula dengan kasih sayang yang bertautan menjalinkan hubungan mahabbah dalam keluarga kami alhamdulillah. Ini rupanya ibrah dari cinta selepas perkahwinan yang berbeza dengan stereotype cinta hari ini, sebelum kawin bukan main itu ini, tapi lepas kawin kering ibarat perigi yang ketandusan air 🙂

samurai

Mohon doa antum moga keluarga yang dibina ini menjadi kelaurga yang sentiasa diberkati lagi memberkati mereka sekitarnya.

canon24may 794

Sedar tak sedar sudah hampir 3 tahun kami di bumi jepun ini, satu pengalaman istimewa buat kami mengenali adik2, sahabat2 dan rakan2 sekitar dalam suka dan duka memperjuangkan ISLAM dimuka bumi allah.

canon24may 172

Moga sentiasa dibantu Allah swt segala usaha kita dalam akademik, sahsiah dan tarbiyah, ameen ya rabbal alamin.

Baiti Jannati 🙂

Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI | 9 Comments

Praktikal…

bismillahirrohmanirrohim

Semalam hari Khamis..macam biasa ada kelas bahasa Jepun. Esok sabtu ada kelas juga tapi di Kouminkan. Hari Rabu pun ada kelas di daigaku. Tapi cuma sejam, pembelajaran pun ringan dan mudah tangkap dan faham. Sensei sebut sebiji2 butir katanya. Tak sedar masa cepat berlalu. hari Khamis pun seronok..dengan Setsu san. Biasa kelas ni akan ambil masa 3 jam lebih. Pun rasa masa cepat berlalu. Seronok agaknya belajar ye. Tapi sebab banyak sangat kadang2 rasa berat juga. Ditambah dengan shukudai (homework) yang perlu disiapkan. Bayangkan untuk tulis diary ana ambil masa dalam 3 jam gurai!….susahnya rasa nak buat ayat.. hehe :d . Sebenarnya Setsu san memang agak banyak input bila dia ajar ana. Kadang2 memang tak tertangkap. Walaupun dia blh speaking, masyaAllah mahalnya dia nak translate  nihonggo dia ke eigo. 😛 . Cara pengajaran pun lain. Dia tak  bagi ana rujuk buku. Dia tanya soalan, suruh ana dengar dan jawab balik. taihen2…. 🙂

Semalam masa dia sampai rumah, tiba2 ajak ana walking2. Keluar rumah. Mulanya agak blur juga. Pastu naik kerete dengan dia pergi ke kawasan daigaku. Cuba teka apa yang ana kena buat? huhu…. Disebabkan sekarang ana sedang belajar arah dan jalan, maka dia minta ana cari sesuatu fakulti semua tu dalam bahasa jepun. Dia akan ikut sahaja, then ana kena pandai2 sendiri tanya orang lain dan faham arah yang orang tu sampaikan. Jauh kena jalan kaki dong!!! Tapi seronoklah…ingat masa time duk UTM dulu gi kelas yang jauh2 tu pun jalan kaki gak… 2 @ 3 km gurai… :d

Semalam kena cari 4 fakulti. Oklah…blh belajar byk vocab then boleh tahu tempat2 dalam dai. Sempat jugalah dalam misi mencari (but bukan menyelamat :P) tu, lalu depan akhi punya bangunan… Tapi orang yang di damba takde depan mata 🙂 .  Habis tugasan outdoor ni kami belajar macam biasa kat rumah ana. Setsu san ajar ana cepat memandangkan masa ana kat sini dah tak lama. Dia budjet nak habiskan juga buku II nihonggo tu sebelum ana balik Malaysia nanti.  Boleh ke ana fokus ye…insyaALlah kan..hanya Allahlah yang beri kekuatan..moga Allah berikan kesudahan yang terbaik buat ana dan kazoku di sini. ameen

setsu san

Setsu san

Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI | Leave a comment

Ahya menerima ujian…ummi juga..

bismillah

Harini anak2 dah mula masuk hoikuen setelah yasumi selama  3 hari.  Hisashiburi..anak2 sedikit menangis mungkin dah lama cuti jadi x biasa dengan keadaan tu. Dari Fukuoka Ahya kurang sihat, batuk2 kuat, lagi nafas pun berbunyi2 macam asma. Tadi jam 1130 sensei call kata suhu badan naik, then minta ambil bawak balik sebab dia risau kalau2 demam. Selepas mengayuh lebih kurang 5 minit ana sampai ke hoikuen. Ahya baru lepas makan. Kata sensei dia makan nasi sahaja, yang lain x makan. Lepas akhi balik lunch tadi, kami bawa ke klinik. Dapatlah 4 jenis ubat untuk makan selama 4 hari. Sebelum masuk kena buat test suhu badan di luar klinik. Bikkuri…kuarantin kana. Lani wabak selesema khinzir ni makin merebak di Jepun terutama Kobe. Alhamdulillah Dr kata Ahya tak apa2. Cuma nodo ga akai (kerongkongnya merah), kong2 (batuk2) then badan panas sikit. Lepas makan ubat Ahya dah tidur. Ahna macam biasa masih di hoikuen. Moga Ahya sabar hadapi ujian kesihatan dan ummi juga sabar jaga Ahya yang mungkin sedikit banyak ragamnya nanti..ameen

Harini patut ada nihonggo, tapi tadi call setsu san minta tukar esok. So, esok kelas pkl 1 petang. Ditemani Ahya yang dinasihatkan Dr supaya bercuti esok, moga2 ummi dapat belajar dengan baik, insyaAllah.

4 hari lepas kami ke Fukuoka. Tapi disebabkan ada sedikit masalah dengan kad kamera yang x dapat di trace oleh kom ni, maka tak dapat ana update berita di sana lagi. Jadi afwan ye bila entry ana xada gambar2 yang masuk. Tapi ana nak share youtube lagi. Satu penyampaian yang bagus dan sangat2 menarik. Video pun clear. Pada sesiapa yang suka memberi alasan, mencari2 pelindung atas kemungkaran yang ia lakukan, mempersoalkan itu dan ini, dan pada yang mula merasakan ‘annoying’ bila ada yang mengingatkan ia tentang Al Quran…dengar, fahamlah, dan terimalah…moga diberikan kefahaman dan keimanan…

kredit to jannah (utm) for sharing this video…very interesting


Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI, TAZKEERAH | Tagged , | Leave a comment

PnK di Yamaguchi

bismillah..

Salam dan selamat sejahtera semua…

aaaa…akhirnya….

uhhu~~~ tentu ada yg sebut macam kat atas tu bila masuk blog ana ni. Punyalah lame x update. Afwan bagi sesiapa yang sering bertandang tapi asyik tengok entry sama je. Baru2 ni (16&17 Mei) kami baru selesai program PnK a.k.a ISK bertempat di Yamaguchi. Dalam 4 jam gurai melalui highway dari tempat kami  di Okayama. Rombongan kami terdiri dari 3 buah mpv dengan kapasiti muatan penuh :d. Manakala peserta yang lain dari tempat berbeza berkumpul di lokasi program berjumlah kira2 43 orang keseluruhannya.

Alhamdulillah program terasa indah bagi kami..semangat ketika di UTM dahulu kembali menyinar. Allahlah yang merancang segalanya manakala kami hanyalah terdiri dari batang2 tubuh yang melaksanakannya itupun dengan kudrat yang dikurniakanNya. Program yang singkat itu padat dengan aktiviti dan pengisian. Untuk melihat secara roughly ana sertakan link youtube. Pada antum yang sudi sudi2kanlah untuk menonton…yoroshiku onegaishimasu

~manakah insan2 yg sudi bersama kami di sini? kami seperti sudah makin singkat masanya di sini…Ya Allah kurniakanlah kami pengganti yang lebih baik..ameen~

Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI, TAKLIF | Tagged | 3 Comments

Kenapa perlu bermula dan tunjukkan contoh terbaik?

bismillahirrohmanirrohim…

Alhamdulillah harini telah bermula hari2 yang agak mencabar untuk Ahna wa Ahya. Mereka dah masuk hoikuen (nursery). Ahna bukan main suke lagi sampai bila ana nak ambil bawa pulang dia rengek2 nak tinggal. Adik pula lain ceritanya. Dari mula letak sampai ummi datang amik nangis saja, sampai berair hidungnya.

Mungkin ada yang tertanya kenapa masukkan nursery? Ana dan akhi rasa perlu untuk mereka berkawan. Terutama belajar disiplin dan peraturan hidup orang jepun yang baik. Di rumah, Ahna dan mula membaca Alif, Ba, Ta. Alhamdulillah mahu dia ikut ana baca. Juga suka ikut baca doa. InsyaAllah moga anak2 kami perkasa ruhiyyah dan jasmaniyahnya..ameen. Moga mereka sentiasa dalam biah yang baik dan mendapat didikan dari contoh yang baik juga.

Betapa pentingnya kita sebagai orang yang lebih berpengalaman dan berusia menunjukkan contoh yang terbaik untuk generasi yang mendatang tak kiralah anak kita, adik kita mahupun orang2 baru yang hadir di sekeliling kita.  Kenapa? kerana ia membawa suatu mesej dan mungkin mesej ini memberikan impak yang begitu besar kepada tatacara hidup mereka akan datang. ohhhooooo~ sampai macam tu sekali ke….???

Cuba fikir analogi ini. Ana bawa contoh life di Jepun.  Bayangkan anda mendatangi sebuah rumah. Dan anda tidak hadir seorang diri tapi dengan beberapa teman anda yang lain. Anda dan teman2 anda itu masih baru berada di kawasan tersebut.  Anda pun dengan dipandu seseorang akhirnya menjumpai rumah yang ingin didatangi tadi. Dari luar rumah anda terdengar bingitnya suara tetamu yang telah lame berada dalam rumah tersebut. TIba2 terdengar suara dari dalam rumah ketika anda memberi salam. “masuk! masuk!” katanya. Anda pun masuk. Pastu apa yang anda nampak ialah setimbun kasut2 yang berselerak ditempat letak kasut. Hmmmm…ape anda akan buat?

a) masuk dan tinggalkan saje kasut anda berselerakan

b) sanggup letak kasut diluar rumah asalkan tersusun

c) masuk dan susunkan kasut2 yang lain sebelum meletak kasut anda dengan tersusun

Tapi bayangkan pula ketika masuk tadi kasut2 tetamu yang  awal  telah tersusun dengan baik. Tuan rumah juga menjemput anda dengan penuh hormat “silakanlah..jangan segan2” diiringi senyuman mesra. Terus, tetamu2 juga kelihatan begitu menjaga adab pergaulan dan pertuturan. Tidak membuat bising dan tenang. Hmmmm…apa anda akan buat?

a) masuk dan tinggalkan saje kasut anda berselerakan, buat hal sendiri

b) masuk dan meletakkan kasut dengan tersusun, lalu cuba menyesuaikan diri dengan  suasana.

Situasi pertama menunjukkan betapa buruknya contoh yang ditunjukkan oleh tuan rumah dan tetamu2nye yang dah lame sampai.  Anda sebagai orang baru nak buat camana? nak buat (c)nanti orang kata pelik pulak. Nak buat (b) nanti buang tebiat. So, senang (a) jelah baru orang tak kata apa2 sebab nanti nak sesuaikan diri dengan tetamu yang dah lame sampai. Kalau tak ikut keadaan nanti bimbang ape kata tetamu2 yang awal tadi. :D… Haaa..betul ke? Hihi…sendiri fikir dan jawablah 😛

Tengok pulak situasi kedua. Ini contoh baik yang di lakukan oleh tuan rumah dan tetamu2 nye. Sebab tuan rumah punya hak untuk tetapkan apa yang dia mahu yang terbaik sesuai dengan fitrah hidup manusia yang beriman dan berakhlak mulia, Jadi nak tak nak tetamu yang datang harus ikut peraturan tuan rumah. Tapi apa yang cantiknya, ia memberikan contoh yang baik untuk tetamu2nya. Sehinggakan bila tetamu2 itu laksanakan ia  kelihatan cantik pada tetamu lain sungguhpun yang baru datang. Sebab apa? sebab tetamu itu melihat contoh dihadapannnya. Bagaiman ia harus bertingkah laku dalam suasana baru yang dihadapinya. Anda nak buat (a) ke (b)? itu terserah pada iman dan akhlak anda lah…deshou?…

Same2 fikirkan…. moga kita mampu memberi qudwah hasanah terutama buat anak2 kita, adik2 kita dan teman2 kita.  Kenikmatan dunia yang dicari takkan habis. Makin  anda kejar makin rasa kurang. makin di cari makin menyepi, makin di impi makin hilang seri, makin dipuji makin jauh dari Ilahi. Tapi yang pasti carilah islam di mana sahaja anda berada.  Kerana makin anda cari memang makin terasa kurangnya ia dalam dada, namun makin menambah kita dekat padaNya. Allahua’lam…

Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI | 2 Comments

Allah Maha Mendengar, Maha Mengasihani

Hampir 2 minggu ana kehilangan sesuatu. Sesuatu yang sentiasa juga hilang sebelum ini. Tapi ana biarkan dengan andaian ia tidak hilang jauh. Sungguhpun ia sesuatu yang begitu penting, dan amat penting, ana dengan rasa acuh tak acuh sekadar membiarkan masa berlalu dengan berharap akhirnya pasti bertemu jua…

Tapi kini kehilangannya agak berbeza. Bilamana setelah 2 minggu mencari2 masih juga belum bertemu… terdetik juga kerisauan dalam hati tapi ana masih agak tenang, tidak kalut dan terasa hilang punca. Masih berharap ia akan kembali ditemui seperti sebelumnya..

Harini ana  teruskan lagi proses mencari. Kerana kebimbangan mula menapak dalam diri ini. Kalau betul2 hilang ketika di luar rumah…tentu ana akan menyusahkan orang lain terutama akhi. Akhi juga sudah tolong carikan di kereta tapi tak juga ditemui. Ketika sedang menggeledah sekitar rumah, akhi pun tanya

Akhi   : ” Siti ada minta doa tak pada Allah supaya dimudahkan jumpa?”

Ana    : “Mmm…aah kan… Ya Allah jumpakanlah aku dengan *****ku”

Ana teruskan proses pencarian. Sambil2 tu kemas rumah 😀 . Akhirnya ketika hampir putus asa, ana cuba mencari ditempat yang agak mustahil. Dengan andaian mungkin di situ kalau2 anak buat main. Tiba2 terasa pulak nak buka beg plastik yang tersimpan cantik beberapa minggu lepas. Buka2…tiba2 ternampak objek berwarna hitam…Aaaaa~ alhamdulillah….jumpa jugak…

Subhanallah..betapa Allah itu Maha Mendengar, Lagi Maha Mengasihi. Dengan meminta padanya pasti akan di kabulkan. Sebentar sahaja bermohon Allah telah membantu ana…atas kasih sayangnya Dia memudahkan segala urusan kita. Terkadang atas nikmat yang kita peroleh tanpa kita bermohon dan berhajat, jarang sekali kita syukuri kecuali atas apa yang kita benar2 hajati. Sesungguhnya manusia itu sentiasa lupa dan perlu di peringatkan. Sebesar mana pun kita, sebanyak manapun pengalaman kita, se senior manapun kita, malah sehebat manapun kita, pasti akan ada masanya terlupa, tersilap dan tersalah..itulah hakikat insan yang pelupa lagi penuh kekurangan….

Beruntunglah bagi yang menginsafi dan berbahagialah…

Posted in TAZKEERAH | Tagged | 2 Comments

Mengumumkan~

bismillahirrohmanirrohim…

InsyaAllah sedikit penguman ringkas dan padat dari ana 😀 . Seperti yang akhi ada beritahu pada posting yang lepas, kami agak sibuk kebelakangan ni….sibuk di alam maya 😛 . Alhamdulillah setelah bertungkus lumus selama lebih seminggu, tercapai jugak niat dan perancangan kami untuk buat satu lagi webpage khusus untuk xtvt jualan dan produk2 kami. Jadi untuk melihat tawaran2 menarik kami sila ke sini ya.

banner-siap-5

Uhhu~ bermain dan bergurau senda dengan wordpress ni mencabar juge :D… tiba2 teringat balik masa belajar kat UTM dulu, masa kelas kom&multimedia. Main coding2 nih.. tidaklah gemar sangat…kabur je pandangan mata. Tapi alhamdulillah ilmu yang dipelajari itu berguna juga akhirnya..Juga jzkk buat akhi yang sangat banyak membantu dan beri tunjuk ajar. Tak terbuat ana tanpanya serta tanpa IzinNya.

InsyaAllah untuk perkembangan xtvt harian kami dan anak2 ana akan terus paparkan di MSMR. Doakan kami sekeluarga semoga sentiasa kuat dan tabah..

wassalam

SMM

Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI | 3 Comments

Kak Na dik Ya

Salam semua,

Maaf agak sibuk kebelakangan ini, menguruskan sesuatu, insyaallah hasilnya akan dipaparkan dalam masa terdekat.

Hari demi hari masa berlalu, melihat telatah anak2 yang semakin membesar. Ahna dah hampir masuk 3 tahun dan ahya pula hampir 2 tahun. Beberapa minggu lepas ahya baru ada checking untuk satu tahun 6 bulan, checking kesihatan yang takde kat malaysia. Salah satu kelebihan bagi anak2 yang membesar di Jepun ni ialah mereka akan sentiasa di perhatikan perkembangannya termasuk kesihatan kebolehan dan sebagainya. Layanan yang diterima seperti masyarakat Jepun biasa menunjukkan tiadanya sikap pilih kasih dalam perkhidmatan yang diberikan.

img_0059

Ahna dah banyak vocabulary dalam bahasa melayu dan jepun, dan mula menampilkan ciri2 sebagia anak sulung dalam keluarga. Kadang2 kami tergelak melihat bagaimana dia memujuk adiknya bila terjatuh atau menangis. Ada satu hari sambil mereka berdua main2 panjat2 dan ahya terjatuh dan menangis, terus ahna turun dan peluk adiknya, ” adik sakiiit?” kata ahna terus tepuk2 belakang adiknya 🙂 Kadang2 bila nak tidur, dipanggil adiknya untuk tidur bersama dan adik ahya datang dan tidur atas riba kakaknya. Walaupun saiz dah lebih kurang sama, tapi kakak terus tepuk adiknya dengan kasih sayang sambil nashid “doi doi doi, adik nak tido..”. Ciri2 yang ada seperti namanya yang penyayang semakin jelas kelihatan alhamdulillah..

img_0022

Ahya pula yang cepat belajar dari kakaknya, makin petah berkata-kata, sampai kadang-kadang ummi babah pun tak faham apa yang mereka bicara 🙂 Kalau tiba waktu makan contohnya, disuruh ambil surat khabar untuk jadikan alas, cepat ahya lari masuk bilik dan ambil dan hamparkan sebelum makan. Ahya juga suka gosok gigi dan basuh tangan guna sabun, “cabun cabun” mintak ahya untuk gunakan sabun sambil basuh tangan selepas makan 😉 tengok je babah dan ummi gosok gigi, terus tepuk2 kita mintak berus gigi bersama kakak ahna..

img_0477

Anak2 memang mudah belajar dari apa yang kita laksanakan dan katakan dalam kehidupan seharian. Dari solat hingga ke makan, jika di ajar untuk sentiasa berdoa, mereka mudah untuk laksanakan sampai kadang2 tegur pula kita untuk berdoa dulu ;).  Alhamdulillah atas penjagaan Allah terhadap jundi2 kami. Moga mereka kelak akan membesar menjadi anak2 yang solehah dan muslehah. Ameen  🙂

Abu_S

Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI | Tagged , , , | 2 Comments

Intelligent Chair Tool (ICT)

salam semua,

jazakallah dan terima kasih sudi singgah di MMSWR, alhamdulillah sudah melangkah ke bulan mac 2009. sungguh pantas masa berlalu, semoga ia tidak menjadi satu kerugian buat kita semua dalam menggunakan masa dengan sebaik baiknya. kesyukuran dipanjatkan pd Ilahi dengan izinnya dapat disiapkan hardware utk PhD.sebelum ni duk cari2 nama apa nak bagi, jadi sempena nama zaujah siti (CT), jadi alat ni dinamakan ICT, I dan CT gitu 😉

ICT

insyallah utk jangkamasa seterusnya ialah control dan communication serta validation experiment yang akan dibuat. dalam gambar di atas ni siap ada background biru macam dalam studio, sebab memang duk amik gambar alat ni utk masuk dalam conference paper.doakan moga diaccept nanti. semasa sibuk memasangkan, ana dibantu oleh saudara aliff afira yang kebetulan cuti, jadi dia la banyak memotong wayar, pasang skru, masuk angin, dsb, kiranya boleh masuk lab suzumori dah lepas ni. tima kasih aliff sekali lagi.

p2246404

semoga urusan kita dipermudahkan, urusan dunia dan akhirat, ameen

abu_s

Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI, TAKLIF | Tagged | 2 Comments

Dulu, kini dan selamanya~

bismillahirrohmanirrohim…

Buat pengunjung yang budiman. Kali ini ana tak post tentang makanan. Bila dengar perkataan makanan hati ana terasa sedikit sebak :). Hehe tapi semangat untuk berkongsi tidak pernah pudar. Ana menyukai bidang ini, insyaAllah selagi mana ia bukan sesuatu yang memberikan keburukan dan kemudaratan ana akan teruskan. Cuma pada antum yang diluar sana jangan salah tanggap terhadap ana. Hidup ana bukan segala-galanya seperti dalam wordpress ini. Malah ia lebih luas dari itu. Ana kongsikan apa yang sesuai dan simpankan apa tidak perlu.

Kali ni ana mengimbau memori lama yang menjadi nostalgia. Sebagai tazkeerah buat diri juga bagi yang mahu menyorot rentetan tulisan ana. Khas ana tujukan buat akh seperjuangan 2001-2006 di bumi penuh ilmu dan tarbiyah itu….nada yang sinonim yang sentiasa menjadi halwa telinga dan semangat kita….

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Berada di waqi berbeza dan jauh dari zon selesa, banyak memberi pengalaman dan pengajaran bermakna buat ana. Namun tak kurang, ia juga bisa menjadi suatu ujian yang sungguh menggugah hati. Kadang2 terfikir seolah2 kami tercampak ke suatu kawasan baru yang sungguh terpencil. Terpencil dari sinaran itu. Lantas sedikit demi sedikit cahaya itu di anugerahkanNya. Kemudian kami harus bekerja dan terus bekerja.Dan ketahuilah bahawa semakin banyak usaha kita taburkan untuk taklifan ini maka akan semakin banyaklah ujian2 dan dugaan yang bakal menimpa. Ia mungkin sedikit melukai hati, mungkin sedikit mencalar peribadi, mungkin sedikit melumpuh pergerakan,  malahan mungkin juga mampu merebahkan kita! Na’uzubillahiminzalik.

Kadangkala berada bersama akh, ana rindukan biah itu. Biah di mana diri ini terbina. Di bumi penuh ilmu itu. Ana mencari lantas menjumpainya di sana.  bersama teman2 dan kakak2 yang sungguh akhlaknya menjadi pujian dari pertama ditemui hingga ukhuwah terus terjalin. Akhlak mereka menjadi ikutan. Kemudian ia diserikan dengan ilmu, materi2 yang menambah perbaikan dalam hati. Adab sebagai akh terserlah di dalam rumah mahupun di luar..ana benar2 kagum…mereka penuh dengan senyuman. mendidik hati penuh dengan kelembutan. Kadang2 halaqah itu cerminannya naqibah bukan materi semata. rindunya mahu bertemu naqibah kerana ukhuwwah dan kerana biah.

Lantas ana sendiri terfikir, kalaulah mahu ditulis ataupun di power pointkan bahan2 yang pernah ana dapat dulu mungkin tak terdaya aqal ini. Kehebatan akh ketika itu tidak hanya terserlah pada bahan penyampaiannya semata2 tetapi terletak pada bait tutur katanya dan kekuatan ukhuwwah mereka. Semangat ukhuwwah tetap mekar di medan tarbiyah  ketika itu. Mengapa seorang yang sakit dalam HAQ kita, kita semua terasa sakitnya juga… Mengapa air mata sentiasa mengalir saat kita semua bersama2 mengembeling tenaga di bumi itu? kerana, dalam ukhuwwah dan sahabat yang soleh itu, ada bekalan…yakni bekalan sepanjang jalan kita…

Ana teringat materi pertama yang ana dapat sewaktu ikut HAQ. Ia berkaitan SYUKUR. Suatu bahan yang di sampaikan oleh seorang naqibah dengan begitu penuh kasih sayang. Kelembutan dan keakraban naqibah jadi daya tarikan utama. ketika itu kami tak tahu masalah ummat. kami tak kenal ISK atau IPK.  Tapi kami ikut HAQ dengan rasa ingin tahu, rasa ingin mencontohi juga rasa ingin menjadi…menjadi seseorang…seseorang yang istimewa. Kadang2 HAQ yang kami ikuti materi di sampaikan oleh naqibah hinggakan air matanya bercucuran. Sedih pilu nya kadang2 meresap dalam hati. kesungguhannya membentuk peribadi kami, membentuk akhlak, membentuk perilaku.

mama Arfah…

ana rindukan mama.  Ana hamburkan duka lara hati ni dalam genangan air mata sambil mengingati mama. mengingat jerit perih mama bersama kami. Kadangkala ana rasa tiada tempat mengadu. Kerana dahulu ukhuwwah sesama akh begitu kuat. Kita sering tampung menampung. Sering sokong menyokong. Mama, rindu berada dalam pelukan mama sambil mama membisik kata2 penguat semangat untuk menghadapi tiap ujian yang menimpa. Mama terlalu pengasih pada anak2mu yang kerdil hinggakan bila menyampaikan sesuatu materi, mama sendiri bisa menangis. Bila berbicara mama menggunakan bahasa yang indah. Bahasa kasih sayang. Mama sentiasa tersenyum..tersenyum sepanjang masa. Bila menyampaikan sesuatu mama senang menggenggam tangan kami. Bila keluar ke taman sambil tadabbur alam, mama memimpin tangan dan memeluk kami…bagaimana mama bisa ana lupakan…

Namun di sebalik kejauhan dari mama,  Allah mengurniakan ana seorang teman yang soleh lagi penyayang. Dialah yang menjadi tempat hamburan sedih pilu hati. Sabar dan tenang memberikan bahunya dan lemah lembut tangannya membelai tatkala ana terasa berat dan getirnya ujian dalam jalan ini. Sungguhpun dugaan yang diterimanya lebih besar, dia tetap tenang…sabar… Kata2nya sentiasa menenangkan..setenang wajah dan perilakunya. Ana beruntung atas anugerah ini. Bila membaca tulisannya ana tahu dia seorang yang menjaga bahasanya. Sentiasa memuliakan ikh, walaupun kadangkala bahasa ikh sedikit sebanyak kurang digemarinya, dia tidak cepat melatah. Senang membiarkan masa dan pengalaman mentarbiyah mereka. Sesungguhnya baitul muslim itu terbina dengan kefahaman yang benar oleh kedua2 pihak.  Dan kita pasti akan merasa keistimewaan baitul muslim yang suci lagi terpelihara. Jazakallah buatmu…suamiku…

“boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

(2:216)

Ya Allah atas segala ujian dan kesedihan yang ku alami, dari ‘saudara’ ku sendiri mahupun insan2 lain, aku mohon Kau lindungi hatiku dengan sifat sabar. Lagi tenang dan lapang dada ini. Moga senyuman sentiasa menjadi perhiasan dan kekuatanku dalam ukhuwwah yang terbina. moga Dikau menjadikan keluargaku sebuah usrah yang diberkati lagi dirahmati…Dalam mencari mawaddah, sakinah wa rahmah di bumi Mu yang sementara ini….Ameen..

SMM

Posted in TAZKEERAH | Tagged | 5 Comments

Burger & Bread

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah ketika memborong ayam minced untuk buat tempahan nugget sebelum ni, banyak juga yang telah dibeli. Masih berbaki  di dalam freezer. Untuk lunch ana cuma guna ayam tu untuk buat di buat lauk. Terus, makan dengan roti dan salad sahaja hinggalah untuk malamnya. Ringkas tapi cukup mengenyangkan.. bila sedang menikmati hidangan (ehsan dari Allah yang memberi kita deria rasa), ana berbual dengan suami. Katanya agaknya macam nilah orang2 yang mana makanan rujinya bukan nasi bila depa having their lunch or dinner..kenyang juga rupanya. Hihi… 🙂

Untuk lunch ana just buat ayam minced tu jadi cam daging burger.  Pusing2 juga cari resipi. Last ana bikin sendiri je adjust2 sikit resipi nugget sebelum ni. Alhamdulillah akhi suka pulak makan macam ni. Tempoh hari dia request lemon rosemary chicken. Ana pun buatlah menu pelengkapnya, wholewheat bread plus mushroom soup (sup yang bila ahna wa ahya  start makan dah tak ingat dah benda lain or mainan dia 😀 ). Tak letak gambar sebab sebelum ni dah pernah letak.  Jom tengok lunch n dinner kami.

burger

burger

Disebabkan ini sendiri bikin, ana letakkan anggarannya sahaja ye . Boleh adjust ikut citarasa masing2. Kurangkan telur bagi yang nak rasa ayam/daging lebih

Daging burger

bahan2

  • 500 g daging/ayam minced
  • 1/2  biji bawang besar – di dadu
  • garam
  • serbuk bawang putih
  • lada sulah
  • serbuk halia
  • 1 biji telur saiz L
  • serbuk roti – secukupnya
  • seasoning – optional
  • extra virgin olive oil – untuk menggoreng (lebih sihat dan baik untuk kesihatan)

cara2

  1. campurkan ayam/daging minced dengan kesemua bahan kecuali serbuk roti.
  2. setelah rata, masukkan serbuk roti sedikit demi sedikit cukup hingga dapat dibentuk
  3. pastikan jangan terlalu kering adunannya supaya hasil nanti lebih juicy- tidak mengapa kalau masih melekat di tangan anda
  4. bentuk2kan mengikut saiz yang di mahukan-  leper dan tidak terlalu tebal
  5. goreng dengan minyak yang sedikit sebaiknya guna non stick pan. ketika menggoreng, tutup kuali supaya ia lebih masak sekata dan juicy. balik2kan sehingga masak. pastikan anda tidak overcooked ya 😛
  6. siap !
  7. Boleh juga dibentukkan awal2 kemudian simpan dalam freezer. bila nak makan defrost then masak seperti biasa.

Untuk roti tu ana ambil resipi dari sini. Menarik dan gebu teksturnya. Sekiranya ada yang berminat nak cuba sila ye. Ana just linkkan antum ke sana. Tak copy resipi di sini. 🙂

dinnner

Dinner set : roti (basic sweet bun), lauk (daging burger), sup(mushroom soup), sos (black pepper) sayur (brokoli, carrot, salad & bunga kubis)

Untuk resipi roti ana ambil dari dapur CMG.  Tapi kalau antum nak roti yang macam lain pun tak pe 😀 boleh2..ikut selera masing2 ya. untuk sup macam biasa yang ana dah post sebelum ni. Sos tu istimewa sikit. Akhi gemar sungguh dengan rasa sos tu. Alhamdulillah walaupun homemade dapat memuaskan selera suami.. moga makin menambah keberkahan hidup kami sekeluarga. Untuk resipi sos ni ana ambil dari myresipi.com , disertakan seperti di bawah

bahan2

  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar (potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu)
  • seketul kiub ayam knors
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)-boleh lebihkan amaun ikut selera
  • tepung jagung jika perlu

cara2

1. Cairkan butter dengan api kecil.
2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
11. Sedap dihidangkan semasa panas.

Untuk sayur makan bersama pula, bolehlah di celur sebentar sekadar sedikit lembut tetapi masih rangup 🙂 . Kemudian dengan segera terus masukkannya ke dalam bekas yang mengandungi air ais supaya ia tak overcooked. Sejat dan hidangkan bersama set dinner anda. Sebagai sumber vitamin dan khasiat untuk tubuh badan 😉 .

Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI, MARI CUBA RESEPI | Tagged , | 4 Comments

~ohayou gozaimasu~

Ponteng beberapa hari dari post sebarang entry. Harini still sejuk kadang2 cerah kadang2 mendung.   Ana share breakfast kami sebelum2 ni ye.

breakfast

daging burger, wholemeal bread & salad

breakfast2

muffins, roti dan tea

breakfast 3

choc chips roll & milk tea

breakfast4

thin crust pizza

Ana tak sertakan resipi kali ni. Ada yang sendiri bikin. Ada yang ana rujuk buku dan web. InsyaAllah ada keluangan ana maklumkan nanti. entry ni dan lame tunggu nak masuk. afwan2….tak terkejar mase olehku…(alasan kanaaaaa) 😛

Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI | Tagged | Leave a comment

pavlova arigatou

salam semua,

Alhamdulillah jam 8.30pm lebih waktu jepun selamat sampai rumah selepas seharian bersama cylinder (memasang wire, circuit board) utk kesemua 36 intelligent actuator.

Sambil2 strip wire tadi, clamp connectors, ana berchatting dgn zaujah pasal pavlova, sebab kami semlam tgk ada website ttg-nya.

Balik2, sampai rumah je dah ada pavlova atas meja, masyaallah enak sungguh, hanya sapa yang makan saja yang tahu 🙂

Ana lantas amik kamera dan snap beberapa sudut. Insyaallah pavlova ni sesuai di makan bagi mereka yang baru balik dari lab, dan anak2 yang baru bangun dari tidur 🙂 alhamdulillah mereka juga sangat suka macam ana. Nanti resepi boleh minta pada chef CT 🙂

p1040436

p1040442

Jazakillah zaujati,uhibbuki fillah,

abu_s

Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI | 4 Comments

Breakfast

bismillahirrohmanirrohim…

Garlic bread with mushroom soup and Coffee Radix

breakfast

our breakfast- easy & yummy

Harini awal2 dah defrost ayam lepas subuh. Gara2 nak buatkan mushroom soup yang menjadi kegemaran ahna wa ahya. Rasa2 ana sepengalaman ana bikin sarapan buat mereka inilah yang agaknya mereka makan sampai tak mau berenti.Start sarapan bersama  sampai babah dah pi lab pun masih minta ummi tambahkan bowl demi bowl. Akhirnya sebab mngenangkan kain yang perlu di jemur dan tetamu yang bakal datang tepaksa stopkan depa makan :D.  Bagi antum yang anaknya kurang mau makan mungkin blh cuba. Resipi macam yang dah di post sebelum ni ye.

mushroom soup

oishi mushroom soup- tottemo mcm pizza hut. Pada yang xmau pegi atau boikot ke bulehlah buat sendiri je..kantan desu!

Garlic bread ni pulak sangatlah di gemari akhi dan ahna wa ahya. Tengah2 ummi toast pun depa dah makan yang sedang dihidang (b4 kami sama2 bersarapan) 😛 . Tapi yang peliknya ahna ni suke makan tengahnya saje. Yang kulit dia crunchy tu dia tak mau. Jadi lepas dia korek yang tengah tu dia letaklah balik. heheh.. 😀 kami lah yang kena habiskan part dia tu.

garlic bread

my style of garlic bread

Sebenarnya ana cari2 juga resipi garlic bread ni. Tapi mostly jenis yang mcm renyah juga nak buat. Disebabkan nak sediakan something yang cepat, mudah dan taste ok, ana try adjust sendiri je. So this is my version of garlic bread 🙂

Bahan2:

  • Roti France – anytype, kalau xde gune je apa2 roti yg mau 😀
  • Butter
  • Garlic Powder
  • Dried parsley

Cara2

  1. Potong roti menjadi slice yang dikehendaki- ana buat kira2 kurang sikit dari 1 inci
  2. Sapukan butter pada kedua2 permukaan roti
  3. Taburkan garlic powder pada kedua2 permukaan- bergantung pada byk mana rasa garlic yg antum mahu
  4. Sprinkle dried parsley a bit on both side
  5. Then toast mcm biasa kat bread toaster ikut garing yg anda mahu. Jangan garing sampai jadi cam rusk lah 😀 . Cukup sekadar crunchy di keliling buat a bit soft di tengah2 nya.
  6. Cicah ngan mushroom soup…subhanallah hebatnya keindahan makanan ciptaan Allah…

Jom try dan menambah2kan rasa syukur kita terhadapNya… Alhamdulillah 🙂

Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI, MARI CUBA RESEPI | Tagged , , | 6 Comments