Andelila

Fahri’s development..

November 21, 2010
4 Comments

salam…

kat atas tu adalah gambar2 fahri dari umur dia 20 hari sampai la dua bulan lebih hari tu…  gambar2 ni diambil dari telefon bimbit saya…  sekarang dah susah sikit nak ambil gambar dia sebab Fahri lasak sikit. nanti2 saya upload lagi…

sekarang ni Fahri dah pandai ketawa, dah kenal papa dan umi dia, dah pandai main sendiri, dah suka mandi lama2, dah suka berborak2…  tapi dia tak suka dibiarkan sendirian kat playgym, atau masa dlm buaian… dia nak ada org layan dia… atau dia nak rasa ada org berdekatan dia.  tapi selalu je bila tgah2 malam lepas nite feeding (umi dia tertidur masa feeding dia) dia akan main sorang2…  bercakap2.. gelak2…  bila saya terjaga tgk dia tgah tgk saya senyum2, dgn mata dia membulat buat muka comel!!  aik???  saya tgk jam kadang pukul 3 pagi la, 4.30 pagi la… ummm….  dalam ngantuk2 tu layankan aje… tapi bila saya tak larat, saya geram jgk!  huhuhhuu…

tapi sekarang dah senang la nak menjaga Fahri…  lepas mandikan dia saya biarkan je dia main kat playgym dia…  then boleh la saya bersarapan…  lepas sarapan, layan2 dia main jap, sidai kain, pastu susukan dia…  bila dia tidur, boleh la saya mandi, masak utk tgahari…  selalu tgahari saya makan bubur je…  bunyi2 bising tumisan tu, dgn bau lagi, buat Fahri selalu terjaga…  so bila petang, lepas mandikan dia, n papa layan Fahri, baru saya boleh masak2…

cuti sekolah ni, mak su yan Fahri ada… yey!!


Posted in Uncategorized

of motherhood..

November 11, 2010
4 Comments

salam…

fahri will turn 3 months this 15th of Nov… oh, how time flies…

menjaga anak sendirian memang mncabar minda.. especially bila badan belum kuat betul since jamu diambil setelah 30 hari berpantang… up till now saya masih makan jamu tu… bagus! bagi badan kuat dan panas… tak la sejuk2… tapi alhamdulillah, makan jamu pun still masih boleh BF Fahri…

Fahri sgt kuat menyusu. bila dia tidur tu kadang2 rasa lega sbb saya boleh gi mandi, basuh kain, sidai kain, masak, mengemas… tapi selalunya tak boleh nak buat semua pun sebab tak sempat.. dulu masa kerja, bos bagi la keje byk mana pun, saya boleh siapkan on time… tapi bila kat rumah, ummm…. semua pun tak sempat nak siapkan… andai satu hari tu dpt siapkan semua, saya memang anggap itu satu achievement yg besar!! selalunya, selepas makan malam saya akan lepak2 je and susukan fahri sampai tidur… up to one point dah tak larat nak menyusukan fahri, saya minta tolong hubby buatkan susu formula… tak larat betul bila dia bertenggek menyusu sampai sejam, and he’s always doze off during feeding… dan letak kat tempat tidur, marah! huhuhuhuh… mommy need rest too… tapi susu formula tu pun selalunya fahri tak hbskan pun…

sekarang saya dah faham fahri. waktu tidur dia, lapar dia, main dia… waktu main tu paling best! malam2 biasanya kami anak beranak lepak kat dalam bilik dan layan fahri main2… seronok!!!

apa perasaan setelah bergelar ibu? ummm… seronok bila kita jaga anak sendiri dan nampak kemajuan dia hari2… walaupun kadang2 sempat masak, tak sempat makan, sempat cuci pakaian, tak sempat sidai… bila dah jadi ibu ni, above of all, fahri is the top priority. segala-gala utk fahri papa and umi sediakan yang terbaik…


Posted in Uncategorized
Design a site like this with WordPress.com
Get started