salam…
seminggu ni otak saya sibuk. badan penat pun dah tak rasa. saya rehat hanya utk otak je…
isnin, pg kat upm. ptg nilai. ntah apa2 je la yang disibukkan.
selasa, pg kat nilai. ingat leh sampai ptg, tapi tgahari prof sms kata nak jumpa. then ptg dtg upm. mode lepas jumpa prof mesti rasa motivated. he’s good at lifting our spirit!!!
rabu…. pagi klia. hantar mak abah yan and adik. diorang gi KK. then me straight away to nilai. sampai ptg. after keje, gi bangi jumpa amin. amin baru hbs kursus. minum2 kejap. then balik seremban.
khamis… pagi2 buta kat bangi. nothing to rush, jadi saya gi bangi ikut jalan dalam. meaning from seremban to mantin to beranang to semenyih to pekan kajang and finally, bandar baru bangi. awal2 pagi kereta tak banyak. best je drive. bwk 60-90 km/j je… sampai kat bangi, sarapan pagi2 buta kat kedai. pagi giler…. then dtg umah amin. gi teman dia pos motor. then gi mines. ingatkan nak repair hp dia. tapi, trust issue coming… tak jadi nak repair. ada ke nak ganti housing amik masa sejam? logik ke? to puchong. then bangi balik. then puchong balik. makan…. mlm, balik seremban.
jumaat… pagi2 buta di bangi. sarapan. janji ptg ni jumpa. then me straight to nilai. ptg lepas keje gi bangi. teman amin. mlm, balik seremban. and at midnight, amin is odw to JB. ya, dia posting ke JB.
salam…
minggu ini saya sangat bz. SANGAT!
pertama, saya perlu jalani training kat tempat kerja yang baru.
kedua, saya dah dpt balik second draft saya dan saya mau push diri saya untuk hntr third draft minggu depan jugak… boleh ke???
ketiga, family saya except my brother and i are going for a holiday in KK. huhuhuhuhuuhuh…. kena tinggal. what to do? me the-pretend-to-be-busy-bee here… :p
keempat, amin dan habis kursus. yey! khamis ni dapat jumpe… 😀
kelima, update thesis
keenam, update thesis
.
.
.
.
.
.
ke million billion trillion, UPDATE YOUR THESIS, darling!!!!!!!
tata.
salam….
ye saya tau itu adalah tajuk lagu dangdut. tapi saya tak ingat la siapa yang nyanyikan lagu tu. yang saya tau, itulah perasaan saya sekarang setelah menghantar 2nd draft thesis saya tadi (yang betul2)… kalau ikut yang main2, dah 4 atau 5 kali yang selalunya tiba2 prof akan tambah keje… tapi tak tau la kan?
effective this 1st dec also saya akan memulakan khidmat saya sbg QA/microbiologist di sebuah kilang di nilai… alhamdulillah… 😀
bad mood semalam sbb saya rindu kat dia. tapi hari ni bila saya dah gelabah sgt nak siapkan 2nd draft tu, saya dah ok… mood pun best je… akhir2 ni saya ketagihan green tea la… jenama pokka yang jasmine green tea. saya tau teh tu ada aroma tapi i can’t help it… i still love it!!!
semalam masa odw balik tu saya singgah petronas beli air green tea tu dgn snickers n kinder bueno… ajaib tak semua2 tu hbs saya makan sambil drive sblm sampai rumah…? dpt tak byg kan betapa tertekannya saya smlm? n hari ni pun, turun je dari ofis prof saya singgah ko-op beli green tea. wpun tak sama jenama yang saya suka, tapi sekurang2 saya dpt reward diri saya sendiri setelah 2-3 hari saya lalui dgn penuh tekanan.
hujung minggu ni ada kenduri kahwin kawan sekolah saya di melaka. nak belikan apa ye????
berdebar2 nya nak tggu feedback prof….
salam…
sebenarnya saya rindu kan En. Aminudin.
dah seminggu 3 hari beliau berkursus.
ada lagi 6 hari.
saya rindukan beliau.
jadi hari ni saya takde mood.
En. Aminudin suruh saya pergi makan waffle.
bila saya takde mood saya suka makan waffle.
tapi saya tak mau.
sbb saya pun tak tau saya mau apa.
kesian En. Aminudin.
tengah berkawad2 dia kata dia risaukan saya.
tapi saya takde mood.
nak buat camne?
salam…
i value friendship very much even tho i am not good at keep-in-touch with most of my friends. i do not know why i am such an ignorant person (am i??).. but when i miss them, i really, really do…
and everytime i am with my friends, these words will come to me like a song i sing in my heart but i cannot sing it out loud as i cannot think the rite words as i know what it’s all about and ooo… i am bad at memorizing things these days…and eventually, i put some efforts goofing around motivational sites (yes, goofing coz i faced some ‘writer’s block’ syndrome after updating my thesis with ONE sentence only!!!!) and after doing a lot of browsing and bloghopping, finally i found my fave quote about friendship by sandy sheehy.. it goes like this..
‘what is it about friendship that makes being among friends so much richer than being among the most accomplished and interesting strangers?’
sweet.
and it’s true.
agreed?
salam….
naik tahun 4, kami duduk kat rumah sekarang. ooo… saya jadi prefect la. pakai kemeja warna kuning. kain warna biru. kena pakai tudung putih. saya tak suka dulu. sbb ada sorang budak baru nama mohd husna ni selalu tarik tudung saya. saya tak suka. masa tahun 4 ada ramai kawan2 baru. ada firdaus, hafizah, hazrin, dan lain2 (saya tak ingat!).
masa ni dah kurang nakal. bila waktu rehat dah tak boleh main getah ataupun sep tiang. hehehehe…. lebih byk round sekolah je. start tahun 4 ni jgk saya selalu wakil sekolah untuk mcm2 permainan dan kuiz. tapi masa tahun 4 saya masih simpanan lagi. selalu saya seorang je tahun 4 yang lain2 tu tahun 5 dan 6.
bila naik tahap 2, saya tak suka hari rabu ptg sbb ada ko-kurikulum. bukan saya tak suka aktiviti tu, tapi saya tak suka sbb kena balik sendiri naik bas then turun kat jambatan. ayah saya akan tunggu kat jambatan tu. tambang masa tu 60 sen je. ye, saya start naik bas tambang dari tahun 4.
duit belanja sekolah masa tahap 1 cuma 40 sen aje. 20 sen beli mee bandung. seposen air atau kuih2. tapi saya jarang beli air sebab bwk botol air dari rumah. bila naik tahap 2 abah naikkan duit belanja jadi 50 sen. heheehhe…. saya selalu simpan seposen. sbb saya suka duit jadi byk. ye sampai sekarang saya menabung. botol air saya mcm2 bentuk. ada yang bentuk clock, telefon, dll. bekas makanan saya pulak bekas snoopy yang ada siap sudu dan garfu. hehehehe…. purse saya dulu pun snoopy jgk. pensil case pun. beg sekolah je saya suka swan dan tak suka yang byk2 warna. dan beg sekolah saya mestilah berwarna biru gelap. sampai sekarang pun saya punya knapsack polo warna biru gelap yang abah belikan.. fav knapsack. *selingan* pernah ada satu setan ni mintak beg tu dari saya tapi saya buat bodoh… wahahahaha padan muka. tak malu, dah la selalu pinjam duit aku nak harta aku pulak..
masa tahun 4-6 jgk saya selalu bwk bekal. kadang2 mak gorengkan nugget. kadang2 burger. tapi saya suka sandwich telur mata kerbau mak saya. tedap ne…*sedapnye*
saya teringat ada seorang cikgu ganti lelaki dtg mengajar di kelas saya. saya rasa dia sgt blur sampaikan kami sekelas semua blur dgn apa yang dia ajar. nasib baik guru gantian aje… tapi cikgu tu handsome *mati la budak darjah 4 dah pandai kata orang handsome* tapi bila dia masuk kelas kitorang tak suka pun… dah la bagi spelling yang susah2… ye english teacher… eh, ke masa tahun 2 ek? saya tak ingat la…
bila saya tahun 6, saya dah tak join kanak2 riang melepak di sekolah menengah main2, kejar2… saya duduk je kat tempat mak saya dan buat kerja saya. kadang2 saya tgk mereka main. heheehehe…
academically, saya tak mahu cerita la. sbb apa yang saya cuba lakukan sekarang adalah untuk menilai kembali diri saya. apa yang saya buat dahulu sehingga membentuk diri saya sekarang ni? kat mana yang tak kena nye?
i feel so hopeless, helpless… and everything. seingat saya dulu saya tau je apa yang saya nak.. i can say my ambition out loud back then. now? i just want to lead a simple life. simple life. and yet, the simple is hard to achieve as people around me expected me to be more… only this time after all this while, i have decided what i want to do… yes i have decided without my parents knowing..
salam….
sekolah rendah saya ada 2 part. pertama masa saya masih duduk di rumah sewa tuk hj mail. part kedua saya duduk kat seremban.
masa tahun 1 sampai tahun 3 saya kami masih tinggal kat rembau. sekolah saya sekolah kampung je. satu kelas dlm 35-38 orang murid. ada 1 kelas je tiap2 tahun. sekolah saya kat belakang sekolah mak dan abah mengajar. so, bila balik dari sekolah saya akan duduk lari2 main kejar2 kat sekolah menengah tu… hheheehehe… nakal tau saya. lasak lak tuh.
masa tahun satu, hari pertama abah hantar saya. lepas tu abah kenalkan saya dgn sorang kakak ni supaya bila balik sekolah saya ikut kakak tu ke sekolah menengah tempat mak abah ngajar. nama kakak tu saya ingat la. ada siti-something2-kot. ekekekeke… kakak tu anak pembantu makmal kat sekolah menengah tu. adik dia sama kelas dgn saya nama syamsul or samsul or shamsul… ooo…saya sangat hilang ingatan.
bila tahun satu, yang saya ingat saya duduk sebelah mazrini. depan saya emilia dan aziah. tapi mazrini tu selalu buli saya. selalu marah2 saya. tak tau la kenapa. tapi lama2 kami rapat jgk. pergi kantin makan sama2. jalan pun pegang tangan. betul…. masa sekolah rendah dulu jalan dgn kawan baik kami akan pegang tangan. tapi kalu la ni, mak geletis you… masa tahun satu jgk nurse selalu dtg tgk budak2 tahun satu. saya takut. tapi buat2 tough je la… bila dah kena cucuk, saya cranky sbb tgk kiri saya lenguh. ye saya kidal.
masa tahun dua dikmat join saya masuk sekolah… bila nurse dtg dia segera dtg ke kelas saya. saya pujuk dia. saya kata nurse dtg nak cucuk pelajar tahun 6. heheehhe… masa tahun 1 hingga tahun 3 waktu rehat diisi dgn main getah. hehehehe… tak pasti la saya terer ke tak. tapi paling saya tak suka kena lompat yang bahagian kepala. sebab mak pakai pinafore okeh! ado kau nak lompat2?
masa ni balik sekolah saya dah tak ikut akak siti-something2-kot. sebab akak tu dah naik tahap dua. balik lewat sikit. saya balik dgn dikmat, shamsul.. bila tahun 3, iddin join pulak dan abg-yang-saya-tak-ingat-nama-dia-tapi-dia-suka-saya. abg tu tahun 5. tapi bila balik sekolah saya dah kanak2 riang ni balik sama. kak siti dan abg tu balik sama2. mereka sekelas. iddin dan abg tu anak kerani sekolah menengah tu.
masa kat sekolah menengah tu, saya akan duduk kat meja mak dan buat kerja sekolah. bila dah hbs buat, saya suka baca buku karangan anak2 murid mak saya. ye mak saya cikgu bm dan sejarah…. buku teks tingkatan 3 pun saya baca. hehehehehe… bila dah boring saya akan jalan2 kat kaki lima sekolah. ye, anak2 murid parents saya nakal. selalu nak kacau2 budak sekolah rendah.
pernah sekali saya dan dikmat kacau mak mengajar dlm kelas. sebenarnya kami nak mintak duit sbb lapar. mak sebagai seorang mak yang lembut dan penyayang bagi je duit kat kami. tapi bila sampai umah, abah dapat tau. apa lagi kena kurng dlm bilik air la kami. saya dlm toilet, dikmat dlm bilik mandi. dan kena jgk rotan sedas dua kat b**t*t. sakit nye….
bila balik rumah pulak, aktiviti sneaking bermula. masa tu kami berdua dah pandai bwk basikal. so sangat excited la nak main basikal. heheehhe… padahal bukan jauh pun kami pergi. tak berani sbb abah garang. bila hari jumaat yang saya ingat kul 4.30 saya suka tgk cerita maero attack. tapi selalu tak dpt tgk sbb mak dan abah nak tgk hindustan. tapi selalunya mak dan abah tertidur, jadi kami akan amik kunci dan keluar perlahan2…
eh, lupa nak cerita. masa saya tahun dua, saya dapat adik… kami panggil adik. sampai sekarang saya panggil dia adik… masa dah ada adik ni rumah kami yang sekarang ni dah siap. jadi seminggu dalam 3-4 kali jgk kali dtg kemas2, cuci2 rumah. saya jaga adik je… mak dan abah je yang buat semua. masa ni kerja sekolah saya ada jgk yang tak siap. sbb letih sgt. saya ingat lagi kami selalu akan balik ke rembau bila hari dah mlm lepas makan. bila kami hbs makan, kedai makan pun tutup. ye, begitu lewat… tapi, lewat macam mana pun tuk hj mail tak kunci gate lagi selagi kami belum sampai. dan abah la yang selalu kunci kan gate tu.
bila cuti sekolah hujung tahun tahun 3 tu, kami sekeluarga pindah ke rumah sekarang. bermula la episod kami berulang alik seremban-rembau…
agak2 bila leh kita sumer hang mcm ni lagi?
rindu sangat kat korang… la ni bila jumpa sekerat2 je la adanya…
huhuhuhuh…
*ma-g, dis pic is stolen from ur friendster… xoxo
salam
pertama Chairil Anwar bukan ex bf saya.
kedua puisi yang saya tulis atau siarkan bukan ditujukan untuk orang lain.
ketiga kalau tak tahu apa2 tanya dulu soalan yang betul. ya, saya sensitif dgn perkataan. salah kata, selamanya saya ingat!!!
keempat, kalau nak tau siapa Chairil Anwar, sila Google sendiri atau
http://en.wikipedia.org/wiki/Chairil_Anwar
http://id.wikipedia.org/wiki/Chairil_Anwar
sekian.
salam…
saya sangat suka dengan puisi Chairil Anwar. kalau dibaca kisah hidupnya, sangat menarik. sesetengah pihak mungkin akan mempersoalkan nilai moral. sesungguhnya, apa yang ditulisnya setulusnya lahir dari hati. sajak ‘Aku’ sangat menarik. tapi kali ini saya mahu kongsi sajak yang bertajuk ‘Penerimaan’.
Kalau kau mau kuterima kau kembali
Dengan sepenuh hati
Aku masih tetap sendiri
Kutahu kau bukan yang dulu lagi
Bak kembang sari sudah terbagi
Jangan tunduk! Tentang aku dengan berani
Kalau kau mau kuterima kembali
Untukku sendiri tapi
Sedang dengan cermin aku enggan berbagi.