Andelila

i feel so powerless…

October 30, 2008
1 Comment

salam…

ni adalah lirik lagu nelly furtado titled powerless.

Paint my face in your magazines
Make it look whiter than it seems
Paint me over with your dreams
Shove away my ethnicity
Burn every notion that I may have a flame inside to fight
And say just what is on my mind
Without offending your might

Cuz this life is too short to live it just for you
But when you feel so powerless what are you gonna do
So say what you want
Say what you want

I saw her face outside today
Weatherworn, looking all the rage
They took her passion and her gaze and made a poster
Now it’s moccasins we sport
We take the culture and contort
Perhaps only to distort what we are hiding

Cuz this life is too short to live it just for you
But when you feel so powerless what are you gonna do
But say what you want
Say what you want

Hey you, the one outside, are you ever gonna get in, get in
Hey you, the one that don’t fit in, how ya, how ya gonna get in
Hey you, the one outside, are you ever gonna get in with your
Broken teeth, broken jaw, broken mojo
Yeah, this life is too short to live it just for you
But when you feel so powerless, what are you gonna do

Cuz this life is too short to live it just for you
But when you feel so powerless, what are you gonna do

apa signifikan lagu ini dgn saya hari ini?  bukan hari ini je obviously… 😦


Posted in Uncategorized

TTJ banjir 19 october

October 22, 2008
Leave a Comment

salam…

sebelum apa2, meh tgk pic dulu;

ni lagi satu…

ok…nak cerita sikit…

senja tu ujan memg stok lebat giler yang umah saya berapa kali power supply kena tendang okeh…  dlm kul 8 mlm cmtuh adik saya balik dari lepak dgn member dia dlm keadaan yang kesejukan sampaikan masuk je umah berkejar gi toilet.  memang lebat.

then saya naik atas.  tengah lepak2 kat bilik tu, mak saya tinjau then kata,’ kakak, kat luar tu air dah start naik’.

saya pun berkejar le ke bilik parents saya yang ngadap luar tu.  saya tgk longkang depan tu air laju mcm kat nenggiri… tau ape nenggiri? sg nenggiri kat kelantan.  nak tau, google  sendiri.

saya pun turun la.  citer kat ayah saya.  dia biasalah.. selalu tak amik port sgt ape kitorang cakap. heheehhe… sambil kata, ‘ujan lebat btol.. memg la air naik…’

tapi masa tuh, jalan raya belum ditenggelami air lagi.  so kitorang pun duduk2 baca sokabor.

pastu, abah teringat dia lum masukkan lagi kereta dia dalam garaj.  so dia keluar then masuk kan kereta.  bila abah masuk umah abah cakap jalan besar kat depan tu air dah naik… umah ujung sabelah kanan pun dah naik.  kereta jiran ada kat luar lak tu.  orang umah tu takde sebab diorang keluar.  then kitorang pun termonggok je la kat luar tak tau nak buat cmane.. sambil2 tgk keadaan yang banjir pertama kali berlaku kat kawasan umah ni.

dengar2 cerita, 2 jambatan besar yang menghubungkan fasa 1 dan fasa 2 tu pun tenggelam.  memg sumer org terperangkap.  masing2 park tepi n kongsi2 cerita.  saya amik peluang amik gambar keadaan masa tu.  4 wheel drive n lori memg lepas.  tapi moto, kereta susah la.  takut hanyut je.  air laju.  ada sorang budak ni lalu.  saya tanye,’paras mana air sebelah sana?’  dia jawab, ‘paras lutut’ sambil tunjuk seluar dia sinsing sampai lutut.  uish! dalam jgk la…  umah ujung yang dekat kolam loji tu saya tak tau la cmane nasib…

lebih kurang pukul 10 mlm mcm tu, ujan renyai2.  banjir pun surut.

esoknya, saya tgk jiran2 byk yang cuti.  ye la, untuk rumah2 yang tepi2 loji tu, air masuk dlm umah.  byk la tilam, perabot2 dibersihkan dan ada yang tak boleh diselamatkan di buang terus.  tak tau la berapa kerugian.  alhamdulillah air tak naik sampai ke rumah kami.

apa2 pun, ni la kenangan duduk di TTJ setelah hampir 20 tahun, pertama kali banjir.


Posted in Uncategorized

aku…

October 22, 2008
Leave a Comment

salam…

puisi ni ditulis sekitar 2002.  saya tak tau nak letak tajuk apa.  tajuk entry post ini bukan lah tajuk puisi ini.

i have no idea how such words would come out from me.  mungkin saya terlalu sedih.  mungkin saya terlalu sensitif.  ada 2 keadaan yang saya kenal pasti saya sedang menahan marah.  pertama, muka merah, kepala panas.  kedua, tangan saya menggigil…

hakikatnya, saya seorang perempuan dgn ketinggian 162 cm dan berat badan 50 kg.  tapi tangan perempuan ini yang sepatutnya lembut, mempunyai urat2 timbul.  ada sahabat bertanya, ‘barankah anda?’

saya jawab,’kenapa tanya?’… saya tersenyum je… dia bilang, tangan saya urat2nya timbul…

‘mungkin jgk…’ saya jawab pendek je.

jasadku…

hentilah dari melara

yang menggalas bebanan jiwa

badai menghempas rohku

membelasah  hatiku

aku…

rasakan seakan mati

tapi rohku tak mau pergi

2002


Posted in Uncategorized

2002 – 2003 period

October 17, 2008
Leave a Comment

salam…. berikut ditulis sekitar 2002-2003.  tahun kedua di UPM.  rajin stay up.  jadi kesunyian malam selalu membuat jiwa jadi beku dan rindu…  tapi bila asyik rindu dan beku, akhirnya saya jemu…

ubunku panas

nafasku sempit

aku disesaki beban kaca

kugalas ia melukakan

ditinggalkan jatuh berderaian

12 ogos 2002

saat kita berjauhan

dunia ini kurasakan sunyi

terasing aku

di kalangan kita sendiri

tiada puisi

tiada lagu

aku tak mengerti

saat itu jugalah

ku melihatmu

terpana aku

dek rindu yang mencengkam

kejamkah dikau

memperlakukan aku begini?

akukah yang kejam

mengurungmu di hati ini?

23 September 2002

Aku fikir,

Dialah orangnya,

Membawa obor terang,

Agarku ikutinya…

Lalu aku dalam kegelapan

Menjumpai cahaya terang itu.

Namun…

Dalam keadaan yang terang itu

Dia tinggalkan aku kesesatan

Aku kini fikir

Dia bukan orangnya…

2003


Posted in Uncategorized

sunyi…

October 14, 2008
Leave a Comment

salam…

kalau suatu ketika itu aku mati,

bagaimanakah kepergianku nanti?

adakah masih disayangi

atau mati dalam sepi?

kalau suatu masa itu aku berlari

ke manakah akanku jejaki?

akan adakah destinasi untukku kembali?

kalau suatu saat itu aku tidak percaya lagi,

apakah maksud hidupku lagi?

benarkanlah hidupku berhenti

ditulis pada 5 november 2007


Posted in Uncategorized

senja yang cantik…

October 10, 2008
Leave a Comment
senja yang cantik di bangi

senja yang cantik di bangi

salam…

gambar di atas diambil menggunakan kamera digital saya yang berusia 4 tahun; walaupun orang lain pernah komen yang skrin kamera saya kecik, tapi tak pernah mengecewakan saya dengan gambar yang tak cantik…  jadi jgn pandang rendah dgn kamera saya yang agak tua…

semalam sangat indah.  amin dapat berita baik.  then kami pergi minum2 kat kedai kopi KAWAN kat seksyen 3 bangi.  alaa…. yang keluar surat khabar tuh… seronok minum kat situ.  kedai cantik, tiap2 meja ada lilin aromatherapy… saya suka.. amin pun suka…  then kami try makan kacang pool…  superb! and sangat kenyang walaupun first time tgk makanan tuh kitorg rasa mcm simple sgt je…mcm mana nak describe kacang pool tu ek… tak tau nak describe la…

anyway, congrats to amin sebab dapat tawaran keje yang baik… semoga akan ada lagi berita baik utk kami nanti… insyaAllah…


Posted in pemandangan

me, andelila

October 9, 2008
Leave a Comment

salam…

currently, i need a new mood.  so i choose wordpress to pour my heart out.  it’s not that so much people had seen my previous blog, it’s just this andelila is easily bored with something.. (not someone!)

i will dig this page out and may be soon this page will turn out to be something different from today.  hehehehe…

ciao!


Posted in Uncategorized
Design a site like this with WordPress.com
Get started