Assalamualaikum
Sudah lama tidak mencatat di ruangan blog wordpress ini.
Allah SWT memberi sedikit kekuatan untuk menulis kembali dan mencatat di ruangan ini.
Pelbagai peristiwa telah berlaku sejak kebelakangan ini.
Namun kezaliman Zionis terhadap ummat Islam di Palestin khusunya di bumi Gaza tetap tidak berkurang.
Perjuangan rakyat Gaza terus berlangsung dan tidak dapat dipadamkan.
Perjuangan mereka untuk memerdekakan bumi Palestin terus berlangsung walau terus ditekan.
Ramai yang telah kembali sebagai syuhada’ dalam mempertahankan tanah air tercinta.
Keimanan mereka mengatasi iman kita yang tidak teruji sampai nyawa menjadi galang ganti.
Teruslah bersabar wahai Gaza, kerana kemenangan itu amat hampir.
Kemenangan sebagai syuhada’ ataupun kemenangan pembebasan dan kemerdekaan bumi anbiya’ Palestin.
Terus baca Qunut Nazilah!
Luahan Rasa
Amin Al Kalantani
2 Julai 2025/6 Muharram 1447H
Pengerang, Johor.
