Pages

Monday, 14 November 2011

wordless monday

Scribbled by fmz on 11/14/2011 03:13:00 pm 0 comments

Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 5 November 2011

salam

Scribbled by fmz on 11/05/2011 09:02:00 am 0 comments
selamat hari raya aidiladha to all. mohon ampun semua salah silap. makan berpada2 ye.

dan

selamat berpuasa kpd yg puasa. sedih sbb i c*ti. huhu.

dan

harap hari ni jgn cepat sgt berlalu..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 4 November 2011

Scribbled by fmz on 11/04/2011 04:32:00 pm 0 comments
apa yg kita ada.. apa yg tiada.. tak penting..

yg penting always be +ve and see things in a +ve way.

p/s: smile! laugh!
Published with Blogger-droid v1.7.4

29

Scribbled by fmz on 11/04/2011 03:07:00 pm 4 comments
29.. ada org dh berkembang family nye.. anak 3.. ada boy. ada girl. anak sulong dh tadika.

29.. rumah org tu dh lengkap dh. dh ada bilik anak gadis. ada bilik anak teruna.

29..ada yg dh ada phd.. u know who u are.. ada yg dh ada master.

29..ada yg dh jd millionaire. or at least en route to being one. ada yg dh ada solid 5digits income. xpyh tertgu2 bile nk masuk gaji. ada yg dh ada company sendiri. bisnes sendiri.

29..ada yg dh dpt segala2nya. dh pergi merata dunia.

me.. at 29?
Published with Blogger-droid v1.7.4

buat diri sendiri..dan semua parents dan bakal parents...

Scribbled by fmz on 11/04/2011 12:34:00 am 0 comments
Petua mendidik anak-anak.
shared on FB, post here so senang nak refer balik nanti ;p

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

credits to : unknown.

p/s: anak adalah anugerah Allah.


AlyaZahra, 3rd Dec 2009, Slim River Hosp


Thursday, 3 November 2011

cacamarba

Scribbled by fmz on 11/03/2011 12:01:00 pm 2 comments
- dh buat schedule utk prepare for all assgnmnts/projects/midterm xm etc as per listed here. basically..
  • i hv no free time
  • have to send alya to nursery every weekdays
  • need to stay up at nite, hence, need short nap at arnd 1pm
  • skip cooking lunch, sometimes skip eating lunch
  • dinner early with alya.
  • curi2 masa for blog/fb/twitter while spending quality time with alya.. quality lah sgt..
  • curi2 masa for laundry/kemas rumah during take5
  • raya haji is off -day. yay!
  • saya sgt penat 
- holiday mood is officially OFF. hubby cancelled last minute. last week. ada kerja, katanya.. lagipun sy mmg busy. read (1).

- want to write abt sunway pyramid outing.. bila tu?

- tak boleh lupa gambar khairulfahmichemat dgn muka kemerahan, dgn gadis2 pakai baju tak cukup kain, dgn botol2 air kencing syaitan. apa nak jadi?

- alya dh sgt talkative. like!

Tuesday, 1 November 2011

apa maksudnya?

Scribbled by fmz on 11/01/2011 02:19:00 pm 2 comments
intro :

for this sem aku ambil 4 subjects. one of the subjects diajar oleh dean faculty eng. dia mmg lecturer yg bagus, bg aku. pandai ajar. ilmu luas. dia bkn setakat ajar theory.. tp bg examples in industries.. cerita his own experiences. mmg menarik kelas dia. because of him, i dont mind gagahkan diri driving at 630am every saturday.

tapi malangnya last 2 weeks was his last lecture. dia pegi haji last saturday. good for him. tp aku sedih sket... huhu.


the story:

beberapa mlm yg lps aku mimpi... aku mimpi lecturer aku tu innalillah kat mekah. aku mimpi tgk tv.. 'jenazah' dia diusung utk dikebumikan...
.
.
.
.
.
.
.
apakah maksudnya?
nauzubillah...
Published with Blogger-droid v1.7.4
 

laughter and tears Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei