Sunday, November 5, 2017

Persediaan ke Korea

Hari Khamis ni aku dah start cuti. Jumaat pulak flight aku ke Seoul. Yahoo!!!.. Seronoknya nak pergi berjalan. Tapi sebelum pegi berjalan nak cerita le dulu pengalaman persiapan aku pegi Seoul ni. Insyallah aku akan pergi Seoul 10 Nov 2017 flight pukul 12.50 pagi dan balik 18 Nov flight 3.55pm. Flight kitaorang reschedule. Citer pasal persediaan nak pegi Seoul ni, aduh susah sangat-sangat. Aku khatam blog kemain banyak lagi tapi masih tak faham. Ye le namanya semua dekat sama. Ada dong.. dong kang belakang. Antara blog yang banyak membantu blog Kak Kiah, blog life of a traveller dan blog Radin Fadli. Lain dari tu Lia dan Ainul pun banyak sangat-sangat membantu untuk buat itinerary.

Tengok jumlah hari aku pegi memang lama kan. Semua orang cakap aku boleh pegi Jeju Island sekali. Tapi aku rasa macam tak berminat nak pindah-pindah. Jadi aku betul-betul spend kat Seoul je dan boleh le travel chill-chill. Bulan April, kami start book hotel. Kebetulan hotel yang aku nak tu harga turun. Cepat-cepat grab. At first jenuh nak pilih hotel mana. Nak kat Myeondong, yang ada lif, yang dekat dengan subway, tak nak yang panjat bukit. Hahaha.. Hotel kat Seoul melambak-lambak nak pilih. Sudahnya kami pilih 57 Myeongdong Hotel bilik triple. Harga untuk 8 malam RM2,454.76 lepas tolak point RM285.41. Actually, kalau baca blog tak ramai rakyat Malaysia memilih hotel ni. Tak tahu kenapa. Mahal kot. Kitaorang pilih sebab hotel ni menepati semua kriteria yang aku nak.



Bulan Mei pulak, aku pegi Korea Tourism Organization (KTO) untuk redeem voucher DKYW (Discover Korea Your Way). KTO ni letaknya dekat sangat dengan office aku. Dekat Menara Hap Seng. Aku pegi dengan Kak Aishah dan Fiza masa lunch hari Jumaat. Senang je nak redeem. Jadi member Kaki Korea Club, isi borang survey. Pastu dapat code, print passport, print itinerary hantar je ke dorang. Pastu dia bagi booklet voucher. Dalam booklet tu selain daripada dorang bagi diskaun-diskaun voucher, ada dorang ada bagi T-money card. Walaupun harga T-money card tak mahal mana pun kalau beli, seronok le juga bila dapat percuma kan.



 

Bulan September, sebelum book McD birthday party Batrisyia, kitaorang pegi Dewina Food kat Bangi untuk borong ready to eat food brand Brahim. Memang jimat banyak le beli kat sini compare to beli kat supermarket. Kalau nak beli sikit-sikit tak payah le datang sini. Ni beli banyak kan. Aku dah siap susun dah hari apa nak makan apa. Plannya, satu kali je makan kat luar. Dinner makan Brahim. 

12 Oktober - Aku beli Travel Insurance dengan Axa Affin. May ejen insurans office aku pesan kena beli travel insurance sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh berlepas untuk memudahkan apa-apa proses claim. Kitaorang beli family package cuma RM97.50 je. Sebelum-sebelum ni, aku tak penah beli travel insurance bila berjalan. Atas nasihat ramai orang dan bacaan dari group travel, kali ni beli juga. 

2hb hari tu, baca-baca lagi.. calculate sana sini, terjumpa le pulak ticket Everland online yang lebih murah dari beli on the spot kat sana walaupun dah pakai diskaun voucher dalam buku DKYW. Aku jumpa kat Seoul Travel Pass. Tapi syaratnya kena download apps tu dulu dalam hp baru boleh beli. Pulak dalam buku DKYW ada lagi extra 5% off untuk guna dalam apps tu. Apa lagi.. beli le terus. So aku dapat tiket Everland cuma KRW95,000 je untuk 3 orang. Walaupun credit card conversation rate agak mahal tapi tetap untung juga. 

Dahlan pulak, pagi tadi baru decide beli sim card Korea dari apps Seoul Travel Pass juga. Sebab dapat lagi 5% off jadi murah kan. Kesimpulan aku cakap, nak pegi Korea ni tak boleh depends satu apps je. Kena download banyak-banyak apps. Pastu nak naik subway pulak kena ownload apps Subway Korea. Apps ni semua yang pegi Korea suggest kena download.

Untuk tukar Ringgi Malaysia ke Korea Won pulak gila tinggi. Pegi Australia pun baru RM3.00 untuk AUD1. Ni sampai dekat RM4.00 untuk KRW1,000.00. Tunggu punya tunggu turun le forex ke 3.73. Aku dah malas nak pikir weekend terus beli. Sekali minggu depannya weekday dapat 3.71. Tapi payah juga nak pegi tukar hari kerja. Lepas sehari dua turun 3.71, terus naik balik memang tak turun ke 3.75 pun. Ok le dah rezeki aku situ kan. Ok bag pun dah kemas. Kerja 3 hari pastu boleh cuti.. 

Saturday, October 21, 2017

Batrisyia 7th Birthday

Hari ini genap buah hati aku yang seorang ni 7 tahun. Dia dah request awal-awal tahun ni nak buat birthday party kat Mc Donalds. Siap dah buat invitation list semua. Hadoi.. kang kalau mak tak ikutkan malu le pulak. Lagi pun dah berapa kali janji, kalau dia improve belajar, mak memang akan buat birthday party dia kat Mc D. So aku pilih Mc D Kidzania Drive Thru sebab kat sini senang semua orang nak parking. Merata-rata ada parking kosong. Curve, Ikea, Tesco semua boleh park kalau tak jumpa parking dalam Mc D ni. Jemputan kali ni ramai kawan-kawan kelas dia. So aku amik kesempatan invite sekali mak bapak deme sebab aku nak kenal-kenal semua. Lain dari classmate dia, seperti biasa family dan kali ni aku ajak Fiza, Rihlah, Kak Aishah dan Kak Yati. Ajak juga F4 tapi Yatie sorang je datang. Ha.. lain dari classmate dia, Batrisyia ajak favorite senior sekolah dia Kak Nisa. Anak kepada Nina. Hari ni betulnya Nisa ada tuition so dia drop by kejap je.

Masih lagi tempah kek dengan Aunty Asmah. Macam pening nak buat theme apa. Kalau ikut dia, dia nak Pony lagi. Jemu kot asyik Pony je. Tahun lepas Pony. Sudahnya pilih patung Rapunzel kat Aeon. Comel le juga. Dia request nak cake dia color purple. Boleh le..


Makanan Mc Donalds. Takkan kome tak pernah makan. Hahaha.. Nak buat birthday party kat Mc D ni, syarat dia sikit je. Kena order minimun 10 Happy Meal dan 10 party pack mengikut pilihan sendiri. Aku order lebih le dari 10. Ramai juga kawan-kawan Batrisyia. Untuk tambahan, ikut suka nak order apa. Aku order campur-campur. Filet O Fish, Mc Chicken, Double Cheese Burger etc. Orang Mc Donalds advice jangan pegi amik order. Just order je apa-apa ikut citarasa aku pastu letak je macam buffet. Biar guest yang pilih apa yang ada.




Serius senang yang amat buat birthday party kat sini. Segala-gala Mc Donalds sediakan. Lepas cake cutting, bagi masa budak-budak makan. Lepas tu ada game yang handle by staff dorang. Hadiah semua pun dorang yang sediakan. Aku sedia duit je.

Sebelum party berakhir, upacara memberi party pack kepada kawan-kawan. Satu jelah yang tak berapa nak best kat sini. Dorang cuma bagi masa 2 jam je untuk party. So kena make sure semua guest datang on time

Batrisyia dan bff nya. Nur Iman dan Sharifah. Lepas habis party, kitaorang melepak belah bawah pulak dengan Tikah, Pidah. Deme sampai lambat sebab balik dari nyongket kat Kedah. Pulak tu makanan semua dah habis yang order tadi. Aku cakap ke deme, makan je kek dulu. Karang dah abis semua kita makan kat bawah order lain sebab aku pun langsung tak makan. Sibuk uruskan party.

Batrisyia dan hadiah-hadiahnya. Seronoknya dia dapat banyak hadiah. Aku pun tak pernah dapat hadiah sebanyak ni. Paling dia suka sekali hadiah dari Rihlah dan Yong. Of course le sebab deme dua bagi dia Pony. Rihlah bagi canvas lukisan Pony dan buku-buku sticker Pony. Yong bagi jam tangan Pony. 

Saturday, October 14, 2017

Ho Chi Minh Trip Day 3 (23.09.2017)

Hari ni hari ketiga kitaorang di HCM. Petang karang nak balik dah. Memandangkan semalam aku rasa breakfast tak sedap pun tambahan pulak semalam aku tidur lewat sebab lepas shopping pukul 1.00 pagi tu, aku packing barang siap-siap so pagi ni aku decide tak nak pergi breakfast. Lepas je solat Subuh aku sambung tidur sampai pukul 7.30 pagi. Bangun je terus mandi dan pesan pada Dahlan nanti suruh Batrisyia mandi dan suruh turun kat lobi.

Plan aku pagi ni nak pegi Ben Thant Market dengan Tasya sebab dia cerita dia dapat kain lace yang aku berkenan tu harga RM100.00 sekali dengan lining. So aku ni tak nak lining mesti boleh dapat bawah RM100.00. So pukul 7.50 pagi dah jumpa Tasya kat lobby hotel terus kitaorang pegi Ben Thant Market. Sebab nak beli lace so aim lace je. Pegi kat kedai yang Tasya beli sekali dorang tak bagi harga yang aku nak. Masih atas RM100.00. Kitaorang blah le cari kedai lain. Yang tak best Ben Thant ni kalau tak nak beli jangan tanya harga. Ntah apa-apa kan. Masalahnya kalau tak tau harga camana nak decide nak beli ke idak. So aku rasa sebenarnya tak best pun pegi Ben Thant Market ni. Peniaga dia kurang ajar semua.

Last sekali pusing sana sini jumpa le satu kedai yang dah letak harga tetap sakura lace dia RM90.00 tanpa lining. Tapi punya le Tasya nak tolong tawar, dia cuba juga lastnya orang tu bagi RM85.00. Dah beli sakura lace kitaorang jalan-jalan. Sekali ternampak Rihlah nak meminjam duit Tasya sebab duit dia tak cukup. Mulanya dia nak pegi withdraw tapi Tasya tak bagi. Aku tanya dia nak beli apa. Dia cakap nak beli kain cotton. So aku pun follow dia. Rupanya dia nak beli kat kedai yang kitaorang beli sakura lace tadi. So melepak le tengok Rihlah beli cotton. Masa Rihlah pilih-pilih cotton ternampak pulak satu lace lama yang dijual RM40.00 je untuk 2 meter. Bila aku tanya kalau harga dalam VND berapa. Dia letak VND210,000. Bila aku convert macam murah sikit le bayar dalam VND. Jadi RM39.80. Ok le 20 sen je beza tapi nak buat apa bawak balik VND yang dah tukar kan. Sebab aku tukar VND aku banyak juga le. So bayar dalam VND. Rihlah pun beli lace yang sama untuk Dahlia pakai masa majlis khatam quran dia. Lepas tu tengok cotton yang Rihlah pilih nampak lawa le pulak. Dia beli dua pasang nak matching-matching dengan Dahlia. Tetiba aku pun rasa cam nak juga. So aku pun beli le kain yang serupa dengan Rihlah cuma warna je beza dua pasang. Pun bayar dalam VND. Dua pasang tu berharga VND370,000 (RM70.12).

Dah siap shopping kain, Rihlah nak tengok menda lain. Aku dah kena balik sebab dah janji dengan Dahlan dan Batrisyia nak pegi makan. So kali ni kitaorang pilih makan kat Hajah Basiroh. Aku dan Dahlan makan nasi. Batrisyia makan mee sup. Tak habis pulak dia makan so kitaorang tapau. Mee sup tu sudahnya dia makan dengan Khalis kat airport. Beria dorang dua makan. Brunch hari ni VND340,000 (RM64.43). Mahal kan makan kat HCM ni. Sebab dorang tahu ramai warga Malaysia yang datang shopping dan semua cari makanan halal, tu yang harga meletop tu. Susah nak cari halal ingredient kot. Aku tengok dalam banyak-banyak kedai memang Halal Amin tu le paling murah. Dan sedap juga. Cuma menu dia limited


Lepas habis makan, aku naik bilik sudahkan packing. Dahlan pegi Ben Thant Market dengan Batrisyia sebab aku minta dia carikan kotak tisu sama macam kat kedai Hajah Basiroh tu. Bila dorang balik, nampak Batrisyia beli gelang selain beli kotak tisu. Gelang tu berharga VND100,000 (RM18.95). Boleh le gelang tu. Dah siap packing tunggu Zohor pukul 11.30 pagi. Terus solat dulu sebab senang nanti kat airport tak payah nak cari tempat. Lepas solat terus bawak beg kebawah check out. Sepatutnya group A kena check out pukul 11.30 dan kitaorang pukul 12.00 tapi nampak dorang tak sudah pun. Sementara dorang tengah sibuk-sibuk check out, aku amik kesempatan beli kopi nak tapau sampai airport.




Lepas tu terus naik bas. Dalam bas, tour guide kitaorang bagi surprise. Dia cakap dia dah discuss dengan driver bas, driver kata kitaorang boleh singgah sekejap kat Hard Rock Cafe tapi sejam je. Yahoo.. seronoknya. Tercapai juga hajat kitaorang. Aku idak le nak membeli pun. Sekadar mengambik gambar dan tengok-tengok je. Dah sudah tu kitaorang terus dibawa ke airport

Suasana di luar aiport. Nak queue check in luggage pun boleh tahan panjang. Nasib le kitaorang cepat-cepat beratur. Lepas drop bag sebab masih lama lagi masa, Batrisyia habiskan dulu mee sup tadi. Aku menghabiskan air kopi. Masa ni rasa menyesal pulak tak tapau roti kat Hajah Basiroh tadi. Nampak sedap Abang Shaari dengan wife dia makan. Kat airport ni selain dari mahal, tak ada makanan yang halal yang boleh dimakan. So duduk le membosan sepanjang menanti flight
Ada le kedai-kedai souvenir kat bawah tu. Pun mahal juga. Aku beli kopi untuk Fara kat sini sebab lupa nak beli souvenir untuk dia kat city

Gate kat belah bawah. Belah atas ada cafe-cafe.

Bosan menanti flight. Jalan-jalan kat atas. Turun bawah pastu naik atas balik. Huhu.. So flight balik kitaorang pukul 4.20pm. Sampai KLIA pukul 7.20pm. Dah cakap kat Tasya yang kitaorang nak solat dulu sebelum naik bas. So lambat sikit le sampai kat rumah. Dalam flight balik, Batrisyia, Khalis dan Iman Batrisyia duduk sebaris. Boleh dorang bertiga bercakap tak berenti-renti dari naik flight sampai le touch down. Ya Allah bising yang amat. Aku rasa menganggu betul dorang bertiga ni. Huhu.. Yang tak best lagi, actually kitaorang dah order untuk kids ni makan kids meal tapi tetap dihantar food sama kitaorang. Masa pegi pun camtu balik pun camtu. Ntah apa-apa Air Asia ni.

Overall aku puas hati le dengan trip kali ni. Tasya dan Adieq sangat bagus. Semua orang pun suka dorang dua dan cakap bagus betul. Mula ada dengan cakap bilik kat hotel kecik tapi sebab distance dengan shopping area tu superb gila, semua diam je pasal bilik kecik.

Ni le barang-barang yang aku beli. Kanan tu sakura lace. Tengah lace lama yang harga RM40.00 tu. Atas biru tu kain cotton dan yang lain-lain tu tudung. Semua Naelofar.

Yang ni pulak kacang tumbuk Azbarina kirim. Gajus tu menyesal beli 3. Sepatutnya beli 4. Satu bapak, satu mak dan dua untuk kitaorang. Sedap gila gajus tu. Kanan kopi Vietnam. Pastu yang hitam tu wrislet Kipling RM8.00 saja. Pun beli dekat kedai depan hotel.

Aku beli telekung 3 pasang. 2 lycra dan satu cotton Siti Khadijah. Batrisyia pun ada telekung lycra sama kaler dengan aku warna purple tu. Rugi pulak beli sepasang je untuk dia. Bagpack Deuter tu harga RM20.00. Beli kat kedai area hotel. Memang murah beg kat kedai tu. Yang biru tu t-shirt Under Amour Dahlan yang harga RM10.00 tu

Ni pulak barang Batrisyia punya selain dari telekung dan kain cotton tu. Winter jacket berharga RM75.80. Helmet naik basikal dia berharga VND220,000 (RM41.69). Gitar harga RM9.00. Gelang yang dia beli kat Ben Thant dengan Dahlan berharga VND100,000 dan beca kecik dia beli masa baru sampai berharga RM20.00

P/S: Kadar tukar yang aku dapat VND1,000,000 = RM189.50

Sunday, October 8, 2017

Ho Chi Minh Trip Day 2 (22.09.2017)

Hari kedua di HCM. Hotel di provide breakfast. Menurut travel agency kitaorang, sebabkan boleh kata semua bilik di hotel ni disewa oleh Muslim untuk 3 hari ni, dorang cuma akan provide halal breakfast. Tapi aku still tak berani nak makan macam-macam sangat. Makan meehon goreng je sebab aku cuma nampak dia letak udang je dalam meehon tu. Dan makan roti je. Dorang aku tengok kemain makan macam-macam. Terpulang le masing-masing kan. Sebabkan tempat makan kat hotel ni kecik je, kitaorang kena pecah dua. Group A breakfast awal dan kitaorang akan breakfast lambat sikit. Tapi ada juga yang tak ikut jadual. Degil kan.

Wet morning di HCM

Hari ni punya program ialah kitaorang akan pegi Cu Chi Tunnels. Cu Chi Tunnels ni tapak peperangan terletak kira-kira sejam perjalanan dari city. Perjalanan dia ok ikut jalan kampung-kampung. Sepanjang jalan tour guide cerita macam-macam tapi aku ngantuk gila jadi aku tidur. Sampai je terus amik gambar group dulu

Nak masuk Cu Chi tunnel ni ada laluan jauh juga ke dalam mendaki. Rasa macam penat gila bila dah sampai dalam. Sungguh tak fit. Ada kedai cenderamata juga real peluru. Tapi tour guide dah pesan jangan beli sebab takkan lepas punya kat airport nanti.


Masa dalam ni kitaorang ni tetap kena jalan ikut group. Tak boleh jalan sendiri-sendiri nanti sesat ke termasuk perangkap ke. Jadi tour guide kitaorang yang bagi penerangan dan demo di beri oleh orang-orang yang duty dalam tempat ni. Tapi serius aku sunggu le kagum. Camana deme ni ada idea nak buat perangkap macam ni. Tempat dorang nyorok ni serius kecik gila. Tu pun tour guide cakap untuk pelancong cuba, dorang dan besarkan sikit lubang ni. Dulu lagi kecik. Demo ni Hasyim jelah yang boleh celuih masuk. Orang lain sebelah kaki pun ntah-ntah tak lepas. Hahahaha..




Antara contoh-contoh perangkap yang dorang buat 


Yang ni pulak laluan nak masuk ke tunnel tu. Lepas dah habis pusing, sapa nak cuba menembak, boleh le menembak. Tapi aku idak le nak bayar mahal-mahal nak try. Lepak-lepak jelah. Lepas dorang semua selesai, baru le masuk dalam tunnel ni. Aku memang takkan masuk punya le. Takut sesak nafas dalam lubang tu. Boleh pilih nak masuk tunnel 20 meter ke 100 meter. Sebelum masuk, dorang-dorang yang berniat nak masuk ni kemain berlagak nak cuba yang 100 meter punya. Tapi tukang bawak tu tau dia takkan bagi jauh-jauh punya lagi-lagi yang group ramai macam ni. Dia bawak yang 20 meter je. Bila keluar tengok muka masing-masing macam nampak hantu. Hahahaha.. baru tahu kan




Lepas dah habis jalan pusing semua tempat kami di beri minum air teh hapa ntah dengan makan ubi kayu rebus dicicah kacang dan gula. Makanan zaman perang le ni. Deme makan aku idak le. Hangat dalam ni walaupun penuh pokok. Batrisyia dan geng dengan anak Azrul masa kat sini. Anak Azrul nama Iman Batrisyia. Kemain laju dorang berdua jalan berpegang tangan.


Dari Cu Chi Tunnels, kitaorang balik semula ke city. Lunch di Kampung Pandan Restaurant. Aku rasa makan kat sini lagi sedap dari semalam tapi ramai yang kata semalam lagi sedap. Selera masing-masing. Hari ni ramai yang tak join trip Cu Chi Tunnels, jadi banyak le meja kosong. Bayangkan dua hidangan ni yang makan cuma Man, Red, Aku, Dahlan, Azrul, Batrisyia dan Iman. Tapi budak berdua tu tak makan. Main lebih sudahnya kitaorang makan berlima je untuk dua portion hidangan. Banyak gila kan. Masa lunch ni juga tour guide bagi surprise beli kek celebrate birthday yang lahir bulan September. Dua biji kek besar pulak tu. Gila banyak. Lepas lunch kitaorang singgah solat di masjid. Suppose dalam itinerary kitaorang akan dibawa solat di masjid Al-Jamjlam tapi sebabkan jalan jam, tour guide tukar solat masjid lain. Kitaorang tak kisah pun asalkan solat.

Selepas solat kitaorang dibawa ke Kipling Store. Actually bukan Kipling Store sangat pun. Macam kedai "belakang" je. Kecik je tempat ni. Kata dorang le, barang yang belah bawah tu copy ori. Yang belah atas tu original. Copy ori pun mahal gila. Pada aku tak payah pegi pun tak pe kot. Setakat nak beli copy ori beli kat area hotel lagi ok. Sebab ada satu wrislet Kipling ni, kat sini jual RM12.00 satu. Aku dapat kat depan hotel RM8.00 je. Sama je aku tengok kualiti copy ori nya. Lepas tu kitaorang di bawa pulak je Famous Lacquer Ware Factory. Tak ada apa pun sini. Memang le seni sebab dia buat semua-semua tu dari kulit telor tapi harga pun meletop juga. Lepas tu kitaorang di bawa pulak ke satu kedai kain dan tudung. Turun tengok-tengok je tapi tak ada beli pun sebab barangnya sama je kat kedai-kedai dekat hotel. Dah habis pusing 3 kedai, group A dapat tau pegi Hard Rock. Kitaorang tak sempat sebab kan semua kitaorang kena later. Lepas tu tour guide janji nak bawa esok sebelum pegi airport tapi ada yang tak nak sebab katanya tak biasa nak solat di public area kat airport tu. Airport memang tak ada surau jadi kena le cari port yang sesuai kalau nak solat. Jadi dorang semua tak nak so tak dapat le kami singgah Hard Rock. 

Malamnya kami dinner kat Red House Restaurant. Pada aku ni le masakan paling sedap sepanjang kat HCM ni. Restoran ni macam mahal sikit kot sebab dia ada bilik makan khas semua. Bila balik semula ke hotel dah dekat pukul 10.00 malam. Aku suruh Dahlan bawak Batrisyia beli helmet dia sebab budak ni dah meragam nak helmet dari semalam. Lepas dia dah bawak Batrisyia, dorang terus naik bilik tidur

Aku pulak pegi shopping dengan kawan-kawan. Beli tudung, telekung dan macam-macam lagi le. Sekali nampak pulak ada orang jual t-shirt Under Amour RM10.00 je. Murah sangat. Sebab fikir Dahlan tak ada beli apa pun, aku belikan dia t-shirt sehelai. Gambar ni GM amik dari bilik dia. Dia ngitai kitaorang shopping le tu. Hahaha..

Masa shopping-shopping t-shirt tu tetiba dorang ni nampak le sorang bekas pemain bola kat sini. Sebenarnya aku haram tak kenal sapa dia. Dah dorang semua sibuk-sibuk menegur dan ajak bergambar, aku pun join le sekaki. Dah pukul 1.00 pagi baru le siap shopping tu pun tak puas hati sebab belum dapat lagi kain yang aku nak beli. So plannya esok pagi-pagi sebelum gerak pegi airport nak shopping dengan Tasya.

Saturday, October 7, 2017

Ho Chi Minh Trip Day 1 (21.09.2017)

Masa Majlis Hari Raya kat OC baru-baru ni, setelah sekian lama Dato' tak attend majlis kitaorang ntah camana kali ni Dato' nak pulak datang. Tetiba masa bawak Dato' melawat warehouse, GM suruh kitaorang mintak dekat Dato' trip untuk tahun ni. Terkejut juga tiba-tiba. Tapi GM pun hint lambat. Abang Bad kata kalau tadi dia boleh je cakap. Kitaorang mintak tolong Dato' Mat hintkan. Dato' suruh kitaorang hantar proposal. Eh seronoknya. Tak sangka plan yang aku dan Fiza buat sekian lama jadi. Bila GM dah suruh buat proposal, kitaorang sebenarnya memang dah pilih nak pergi Ho Chi Minh. Tapi macam biasa le. Dalam proposal kena le letak destinasi lain juga which is kitaorang letak le destinasi dalam negara yang meletop harganya. Of course le Dato' akan ok untuk kitaorang pergi luar negara kan kalau tengok harga dalam Malaysia lagi mahal daripada harga pegi Ho Chi Minh. Dah siap semua, hantar le ke Dato'. Dengan tak disangka, sebab pertolongan Gurvir jugalah, Dato' approve. Aduyai.. seronok gila. So trip kali ni memang aku dan Fiza je incharge. Malas nak ramai-ramai kepala nanti buat semak je. Kitaorang pilih Mayflower sebab harga dorang paling murah dan dorang juga mengikut apa kehendak kitaorang. Frankie dari dulu tau service dia bagus tapi degilnya yarabbi. Kitaorang dah cakap nak hotel yang walking distance dari shopping area even 3 star pun tak. Nak juga bagi hotel 4 star. Konon untuk keselamatan. Alhamdulillah juga kami tak pilih Frankie dan ikut cakap dia sebab hotel yang Mayflower bagi memang superb

So team kali ni selain aku dan Fiza, team dari Mayflower Tasha dan Adieq. Tasha ni memang lama dah bercontact dengan Fiza cuma jodoh nak berjumpa tu baru ni dapat. Adieq yang akan menjadi tour guide kitaorang. Tasya more to coordinator. Dua-dua pun bagus sangat-sangat sebenarnya. Semua orang puas hati dengan service dorang. Tasha tu yang aku kagum dia boleh ingat nama semua orang. Hebat tak hebatnya dia

Ok sambung le cerita trip. Setelah dikira-kira, kitaorang pun decide buat trip ni dari hari Khamis 21 September 2017 hingga ke hari Sabtu 23 September 2017. Kitaorang pilih date lain sikit sebab dalam calendar 22 September 2017 tu cuti Awal Muharram. So company bagi le satu hari tak kerja. Dan hari Ahad boleh le berehat. Sekali rupanya pihak Jabatan Agama Islam dah announce awal tahun hari tu yang Awal Muharram jatuh pada 21 September 2017. So instead company bagi cuti hari Khamis tukar le hari Jumaat. So hari Jumaat le Batrisyia memonteng sekolah. Nak cerita le juga kisah masa membuat arrangement. Kadang geram juga kan dengan beberapa staff kat LSSB ni. Dah kabo sekian-sekian tarikh last untuk hantar borang diri sendiri, spouse dan dependent yang nak ikut trip ni tapi still juga tak ikut. Langsung tak nak pikir kesusahan kitaorang berdua nak buat arrangement. Tak nak layan karangm pikirkan kawan. Serba salah kitaorang. Aku cakap dengan Fiza, tahun kedepan, kalau ada trip lagi kita kena firm le. Kalau dah close date, maknanya close. Sapa-sapa nak minta tambah-tambah jangan dilayan lagi

Ok. Sudah le membebel. Meh le cerita pasal trip. Flight kitaorang 7.05am. So kitaorang minta semua yang naik bas berada di USJ office datang seawal 2.30am sebab bas akan bertolak dari USJ pukul 3.00am. Aku sampai awal juga sebelum 2.30am. Terus agih-agihkan spare luggage tag. Luggage tag yang Mayflower bagi, akan diagihkan di airport. 2.45am bas dah sampai. Kitaorang dah start letak barang dan get ready. Masa check sapa yang tak datang, tengok-tengok Hanif dan Kak Aishah tak ada. Call-call Hanif tak berjawab. Rupanya dorang dah sampai cuma duduk dalam kereta kat belakang warehouse sebab anak keciknya tidur. Call Kak Aishah pulak, rupanya dia lambat bangun. Baru nak bergerak dari rumah. Lagi 10 minit pukul 3.00 dah kot masa tu. Aku cakap kat GM camana nak tunggu ke atau nak suruh Kak Aishah pegi ke airport terus. GM cakap tunggu le sampai pukul 3.00am. Dah pukul 3.00am belum sampai juga. Pukul 3.05am GM dah tanya-tanya mana Aishah. Aku dah nak call dah cakap terus pegi airport jelah. 3.10am baru le Kak Aishah muncul. Mujur GM tak marah kena tunggu dia dekat setengah jam. 

Sampai airport urusan check in sangat bagus. Kedudukan kat dalam flight pun kitaorang dah atur siap-siap so memang sapa yang tak puas hati lagi tu memang nak kena le juga kan. Ramai sangat orang masa check in. Mujur datang awal. Lepas siap drop luggage kitaorang kerah semua orang masuk. Gate kali ni kat L je. So tak payah le nak jalan jauh. Sementara tunggu nak masuk Subuh, kitaorang lepak minum kopi kat Coffee Bean. Dah masuk Subuh terus pegi solat. Lepas tu dah boleh masuk dalam gate dah. Flight tak delay. Dalam flight, jenuh menunggu makanan tak sampai-sampai. Dah le lapar nak mampos. Sudahnya bila sampai kat kitaorang flight nak touch down dah. Aku sempat makan laju-laju. Air dia bagi air kosong je. Batrisyia pun sempat makan sesuap je nasi lemak aku. Yang duduk belakang aku sorang pun tak dapat food. Ntah apa-apa Air Asia ni. Buat le dua cart kalau dah tahu ramai yang order prebook meal. Menyusahkan betul.

Sampai di Ho Chi Minh urusan imigresen ok-ok je. Airport dia pun cantik le juga. Tour guide HCMC kitaorang dah tunggu kat luar. Tasya ada dalam bas B, bas aku dan Fiza. Adieq pulak jaga bos-bos.


Pemandangan jalan raya di HCMC

Itinerary pertama kitaorang adalah city tour. Mula-mula kitaorang di bawa The Neo-Romanesque Notre Dame Cathedral. Malangnya tempat ni tengah renovation. So dapat tengok puncak je. Nak amik gambar depannya pun tak dapat. Jadi daripada susah payah pegi depan dia amik gambar baik le amik gambar dalam bas je



Destinasi kedua kitaorang dibawa ke Central Post Office. Bangunan Central Post Office ni sebuah architecture sejarah lama dari zaman 1880an lagi. Yang menariknya, selain bangunan ni bangunan sejarah, dia masih beroperasi sebagai post office. Kemudian kitaorang dibawa tengok Opera House dalam bas jelah. Tak turun pun.


Kemudian kami di drop kan di dataran hadapan City Hall yang warna putih tu. Di hadapan City Hall ni ada tugu Ho Chi Minh. Beliau le pemimpin revolusi Vietnam dan pernah menjadi presiden Vietnam tahun 1946 hingga tahun 1969 (ayat wikipedia sebab masa tour guide cerita aku tak dengo. Hahahaha) Yang aku dengo tour guide cakap boleh amik gambar dengan tugu ni tapi jangan sesekali buat kuang ajar. Macam tunjuk-tunjuk kepala le etc. Kesopanan tu penting di mana-mana. Ingat ye kawan-kawan.

On the way nak naik bas, tengok geng-geng LSSB dah mula shopping dengan penjual kali lima. Umak.. tak sabar-sabar dorang ni. Masa ni kebetulan ada le sorang ni jual beca dan basikal kecik dok acan-acan kat Batrisyia. Budak ni nampak mesti le dia nak. Aku cakap nanti le. Punggung pun belum panas sampai HCMC dah mintak macam-macam. Dah le muka dia macam tempoyak basi. Meluat aku. Sudahnya aku beli jelah beca ni dengan harga RM20.00.  Memang aku bayar dalam RM. Tapi kira murah le juga sebab malam tu aku tengok orang jual kat pasar malam dalam RM30.00. Mesti tawar pun habis-habis RM25.00 je dorang bagi kan.

Lepas tu kitaorang di bawa ke War Remnant Museum. Dalam museum ni ada cerita kisah peperangan dorang dengan tentera US. Kitaorang cuma diberi sejam je dalam ni. Aku berminat nak tengok dan baca-baca tapi Batrisyia le sibuk dok ajak aku duduk dengan Khalis dalam playroom. Aku suruh dia duduk sorang dia tak nak. Nyampah betul. Sebenarnya sapa-sapa pegi HCMC, masukkan juga le itinerary kome pegi museam ni. Berbaloi. Tengok kisah perjuangan dorang dan camana US buat pada orang Vietnam. Sedih pun ada.




Peralatan perang dipamerkan di luar museum ni. Atas ni bom. Siap ada bunyi lagi. Ngeri aku dengar

Ni pulak tempat tahanan perang. Takut juga nak masuk mula-mula tapi tak ada apa pun. Ada patung je. Sebenarnya kalau nak explore betul-betul muzium ni, tak cukup sejam. Sebab kitaorang dalam group, ada yang suka ada yang tak suka, jadi sejam tu pandai-pandai le guna. Aku tengok mana yang aku rasa nak tengok je. Ada dorang yang tak berminat siap pegi minum kopi lagi.

Dari muzium kitaorang di bawa terus pergi lunch. Restoran pertama di hari pertama ni kitaorang makan di Green House Restaurant. Masa tengok hidangan lauk dia, umak aii banyak gila. Asal mulanya, masa Tasya bagi menu, aku tunjuk kat Miss Lim. Miss Lim rasa tak cukup menu tu sebab pengalaman kitaroang pegi Chiang Mai serius makanan tak cukup. So Miss Lim suruh tambah satu lagi menu ayam, satu beef dan satu omelete. Rupanya kat HCMC ni, satu hidangan tu makan berempat. Tak macam kat Chiang Mai, satu hidangan makan 10 orang. Mana le nak tahu kan. So next time kalau ada trip memang aku dengan Fiza kena buat site visit dulu untuk mengelakkan makanan tak cukup atau terlebih. 


Lepas lunch, kitaorang di bawa ke hotel untuk check in. Ada bilik yang dah siap, ada yang belum. Jadi sebagai person in charge takkan le kitaorang berdua nak terus masuk bilik tapi tinggalkan yang bilik belum ready ni terkontang-kanting. Jadi menunggu le aku dan Fiza bersama-sama dengan Adieq dan Tasha sampai semua orang dapat bilik. Lama juga le sebab Man dan Red dan siap nak keluar balik kitaorang belum pun check in. Aku suruh Dahlan dan Batrisyia masuk dulu dan boleh le solat dulu.  Bila semua orang dah dapat bilik baru le kitaorang naik. Dapat bilik ada 1 katil queen dan 1 katil single. Bilik tak besar sangat tapi selesa le.

Lepas solat, terus ajak Dahlan keluar. Mula-mula pegi Ben Thant Market dengan Adieq dan Tasya. Sampai kat sana kitaorang dah berpecah dengan dorang. Tengok juga kain-kain lace ada yang cantik-cantik tapi boleh tahan mahal. Semua atas 100. Dah le baru sampai tak tahu nak beli apa dulu. Sudahnya kitaorang decide nanti jelah baru beli. Lepas tu nak pegi Russian Market. Hujan le pulak. Tahan le teksi. Semua orang dah pesan naik teksi yang bermeter sahaja. Tapi sampai Russian Market, tak paham pulak nak tengok mana satu meternya. Kitaorang bagi jelah duit. Lepas tu driver teksi tu punya le tak jujur. Dah nampak kitaorang bagi duit besar bagi le balance betul-betulkan. Ni dia main sapu je. Kitaorang perasan yang silap bayar tu bila naik teksi nak balik je.

Dekat Russian Market belikan Batrisyia winter jacket untuk pakai ke Korea November ni. Cantik juga le baju tu. Dapat harga VND400,000 (RM75.80). Yang kelakar tu, kat baju Batrisyia ni ada le bulu-bulu. Aku tanya le kat Dahlan ni bulu apa ni. Dah le dah terpegang. Dahlan tanya le kat penjual tu bulu apa ni, Sekali orang jual tu tak boleh cakap English. Dahlan cakap bulu babi ke.. dia cakap no-no. Pastu Dahlan buat bunyi bulu kong-kong (anjing). Orang tu angguk-angguk. Adoi!! dah terpegang ni.. pastu pikir mana ada bulu anjing buat baju. Mengarut le Dahlan. Lastnya dia nampak kitaorang ni muka dan something wrong, dia panggil kawan dia yang boleh cakap English. Rupanya tu faux je. Logiknya takkan le bulu binatang betul harga murah camgitu kan. Kelakar sungguh.



Balik dari Russian Market beli kopi kat bawah tu. Ya Allah! Sedap gila kopinya. Mau aku minum bergelas-gelas macam ni. Kopi tu dijual harga RM3.00 segelas. Memang boleh pakai duit Malaysia. Lepas letak barang kitaorang mandi manda pastu turun dinner. Malam ni pilih restoran Halal Amin. Aku try makan Pho. Sedap juga. Beli pulak spring roll. Eee.. tak boleh makan kot. Sebab aku tak suka rasa daun pudina yang dia letak dalam tu. Jenuh nak mengasingkan keluar. Pulak tu kulit popia tu rasa macam liat sangat. Tak sedap lah. Cost kitaorang makan malam ni VND220,000 (RM41.69). Lupa pulak nak cerita. Actually malam ni memang aku dan Fiza makan sendiri-sendiri sebab kitaorang tak nak jadi macam Chiang Mai trip dulu. Dinner sama-sama sudahnya balik lambat ke hotel, nak jalan pasar malam pun dah tak dapat. Jadi kali ni kitaorang bagi cash pada staff sorang VND500,000 untuk makan dinner malam ni dengan lunch hari ketiga. Aku dan Dahlan kira kitaorang dapat VND1,000,000. Dua kali makan sendiri ni memang nak bagi semua orang free & easy bila nak makan dan bila nak shopping. Lepas dinner kitaorang pegi ke pasar malam di sepanjang jalan depan Pasar Ben Thant tu. Barang dia biasa-biasa je. Kat depan hotel pun melambak-lambak kedai. Telekung, tudung, kain-kain, baju kurung siap semua ada situ. Kira kalau tak nak pegi pasar malam pun tak pe. Malam pertama ni Batrisyia nak beli gitar pulak. Orang juga tu pun satu hal. Dok ngekor Batrisyia. Lepas dah dapat gitar dia ngekor lagi aku marah dia. Pegi kat orang lain aku cakap. Hahahaha..